`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, June 1, 2019

Salah daftar nombor akaun

GAMBAR hiasan.© Provided by Media Prima GAMBAR hiasan.am@hmetro.com.my
SERAMAI 300,000 penerima fasa kedua Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 tidak menerima bayaran kerana nombor akaun bank yang didaftarkan tidak tepat.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pembayaran bagi penerima berumur 59 tahun ke bawah adalah melalui akaun bank isteri seperti yang diumumkan melalui surat makluman dan turut dipaparkan di dalam portal BSH https://bsh.hasil.gov.my.
Katanya, namun sebilangan penerima BSH 2019 mendaftarkan nombor akaun bank suami dan ini menggagalkan pengkreditan kerana nombor akaun itu bukan di bawah nama isteri.
“Sehubungan itu, bagi memastikan penerima yang gagal dikreditkan menerima pembayaran berkenaan, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan mewujudkan akaun bank baharu secara automatik untuk penerima yang berkenaan.
“Maklumat akaun bank baharu boleh diketahui melalui surat makluman yang akan dikeluarkan dan dengan melayari portal BSH. Pembayaran bagi golongan itu akan dikreditkan terus ke akaun berkenaan mulai 14 Jun ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Guan Eng berkata, disamping itu, terdapat juga 300,000 penerima BSH 2019 dari kawasan pedalaman dengan akaun bank yang akan turut menerima pembayaran mulai 14 Jun ini.
“Bagi penerima pedalaman yang tiada akaun pula akan dibuat mulai 1 Julai depan secara tunai.
“Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 serta emel kepada bsh@treasury.gov.my,” katanya.
Fasa kedua BSH 2019, membabitkan penyaluran peruntukan sebanyak RM1.42 bilion dan memanfaatkan hampir 3.6 juta penerima BSH.
Sehingga hari ini, bayaran fasa kedua BSH 2019 telah berjaya disalurkan ke dalam akaun bank bagi 3 juta penerima. - NST

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.