`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, June 3, 2019

Ustaz Firdaus Wong Tegur Kad Raya ‘The Last Supper’

Seorang pendakwah tampil membuat teguran kepada sebuah syarikat yang menampilkan kad raya yang menyerupai  potret The Last Supper.
Pendakwah Ustaz Firdaus Wong Wai Hung membuat teguran itu kerana hasil grafik yang menyerupai fahaman Kristian tentang Jesus.
“Syabas dan tahniah kepada individu yang menghasilkan kad raya bagi Jemz Group. Menjadi tradisi dan adat kita saling memberikan ucapan dan kad raya.
“Cuma sedikit teguran ikhlas dari saya adalah saya bersangka baik bahawa designer dan juga pihak Jemz Group tidak sedari bahawa reka bentuk dan susunan gambar kad raya mereka itu menyerupai potret The Last Supper hasil Leornado Da Vinci pada abad ke-15 menggambarkan Jesus bersama 12 anak muridnya,” tulis Firdaus di Facebook.
Firdaus menasihati syarikat itu supaya lebih berhati-hati berkarya agar tidak terpesong daripada prinsip Islam.
“Kreativiti tiada had dan bagi seorang Muslim selagi mana tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
“Dalam aspek ini mungkin ada baiknya pihak designer & Jemz Group lebih berhati-hati agar tidak melakukan sesuatu ‘Tasyabuh’ (penyerupaan khusus agama lain),” tulisnya lagi.
The Last Supper adalah hasil lukisan Leonardo Da Vinci pada abad ke-15 yang menggambarkan sebuah peristiwa (mengikut pemahaman Kristian) tentang Jesus di suatu majlis makan malam terakhir iaitu makan Paskah bersama kedua belas orang pengikutnya sebelum kematiannya di kayu salib.
Ketika itu Jesus digambarkan banyak berpesan kepada pengikutnya dan turut dirakamkan kisahnya membasuh kaki kesemua anak murid tersebut. -ekeleh

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.