`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, February 2, 2020

Syed Saddiq Berbohong – Pemuda UMNO Johor

JOHOR BAHRU – Pemuda UMNO Johor menyelar kenyataan biadab Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung dakwaan diserang oleh 200 gangster di sebuah program di Ulu Tiram malam tadi yang dikaitkan dengan UMNO.

Ketua Pemudanya, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, kenyataan Syed Saddiq itu jelas satu pembohongan yang berniat jahat untuk mengeruhkan keadaan yang bertujuan merosakkan imej UMNO semasa Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu ditolak rakyat ketika ini.

“Siapa tidak kenal dengan menteri tidak matang ini yang sering memgeluarkan kenyataan berunsur penipuan.

“Kes tisu koyak beliau dengan Papagomo juga masih berlangsung di mahkamah, sekarang timbulkan isu baharu pula bagi menarik perhatian umum, rakyat Johor sudah muak dengan wayang murahan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, yang lebih menghairankan, Syed Saddiq dapat mengira jumlah kumpulan yang didakwa samseng itu seramai 200 orang dan mengetahui yang mereka adalah ahli UMNO, hairan bin ajaib.

Mohd. Hairi berkata, rakyat Malaysia secara umum mengetahui kemelut yang berlaku dalam Bersatu terutama menjelang pemilihan parti itu tidak lama lagi termasuk isu wakil rakyatnya yang dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.

“Semakin dekat dengan pemilihan parti semakin banyak wayang dan drama dipercayai akan dimainkan Syed Saddiq untuk menarik perhatian dan sokongan bagi mempertahankan jawatannya selaku Ketua Armada,” katanya.

Justeru, Pemuda UMNO Johor akan membuat laporan polis berhubung tuduhan jahat tersebut dan turut menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atas pemilik akaun Facebook yang memuat naik kenyataan itu iaitu Syed Saddiq.

Kes itu, katanya perlu disiasat di bawah Seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan kerana memiftnah dan Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana salahguna kemudahan komunikasi untuk sebaran maklumat jelik.

 MalaysiaGazette.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.