`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, July 2, 2020

Undang-undang sukar bawa pulang Sirul

a man wearing a hat: ABDUL HAMID BADOR© Provided by Harian Metro ABDUL HAMID BADORmhafis@hmetro.com.my
USAHA membawa pulang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Umar berdepan kekangan undang-undang di Australia.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, Australia memberi alasan undang-undang Malaysia yang masih memperuntukkan hukuman mati menyebabkan Sirul tidak dapat diserahkan.
"Permohonan rasmi polis dengan kerajaan Australia untuk tujuan membawa pulang Sirul sebelum ini tetap relevan sampai bila-bila," katanya kepada Harian Metro hari ini.
Sirul disenaraikan orang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia berdasarkan laman sesawang Polis Antarabangsa (Interpol).
Akta Ekstradisi Australia tidak membenarkan ekstradisi dari Australia di mana kesalahan itu tertakluk kepada hukuman mati, melainkan jika satu aku janji diberikan bahawa hukuman mati itu tidak akan dikenakan atau, jika dikenakan tidak akan dilaksana.
Sirul dan Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa membunuh Altantuya pada 2006 dan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.
Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dengan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan.
Pada 13 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul dan Azilah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.
Bagaimanapun, Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana dipercayai berada di Australia sebelum ditahan pegawai Imigresen di Queensland atas kesalahan Akta Imigresen negara itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.