`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, January 16, 2021

1,200 anggota JPJ bantu polis kuat kuasa SOP perintah sekatan

 

Langkah bersepadu antara JPJ dan polis wajar dilakukan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat akibat ketidakpatuhan SOP. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Seramai 1,200 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara digerakkan mulai hari ini sehingga 26 Jan bagi membantu polis menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP), PKP bersyarat (PKPB) dan PKP pemulihan (PKPP).

JPJ berkata, kolaborasi mapan antara kedua-dua agensi penguat kuasa itu penting dalam merealisasikan aspek penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) dengan lebih serius.

“Gerak kerja seumpama ini akan memberi keutamaan khusus kepada beberapa kawasan dan lokaliti tertentu di seluruh negara yang menjadi tumpuan utama pengguna jalan raya.

“Ia akan dilaksanakan melalui tiga strategi utama, iaitu rondaan jalan utama negeri dan lebuh raya; sekatan jalan raya yang mengkhususkan kenderaan awam; dan pemeriksaan serta pemantauan di terminal bas utama (TBS),” kata JPJ dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, langkah bersepadu ini wajar dilakukan bagi tujuan mengekang penularan wabak Covid-19 yang dilihat semakin meningkat akibat ketidakpatuhan SOP oleh masyarakat.

JPJ berharap rakyat akan turut memberi kerjasama sepenuhnya dalam tempoh penguatkuasaan PKP, PKPB dan PKPP agar penularan ini ditangani secara berkesan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.