`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 23, 2021

18 PATI Indonesia kempunan masuk Malaysia

 

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia Kem Terendak, Melaka dalam kenyataan memaklumkan semua mereka ditahan menerusi tiga serbuan pada 2.15 pagi, 7 pagi dan 10.50 pagi ketika pelaksanaan Op Benteng. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seramai 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan di Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor, pagi ini ketika cuba masuk ke negara ini secara tidak sah.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia Kem Terendak, Melaka dalam kenyataan memaklumkan semua mereka ditahan menerusi tiga serbuan pada 2.15 pagi, 7 pagi dan 10.50 pagi ketika pelaksanaan Op Benteng.

Menurut kenyataan itu, pasukan Quick Reaction Force (QRF) dan Tim Drone Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) diatur gerak selepas Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) mengesan pergerakan bot yang mencurigakan menghala ke arah lokasi berkenan.

“Semua 18 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang ditahan terdiri daripada lima lelaki dan 13 wanita berusia lingkungan antara 28 hingga 51 tahun, dipercayai baru tiba ke negara ini melalui jalan yang tidak sah.

Jumlah rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM16,918 melibatkan wang tunai mata wang Malaysia dan mata wang Indonesia, telefon bimbit, jam tangan serta barang kemas,” menurut kenyataan itu.

Semua PATI dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia dan laporan polis dibuat di Balai Polis Bayu Damai. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.