KOTA MARUDU: Seramai 666 orang daripada 170 keluarga di 13 kampung di sini dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS).
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah ketika dihubungi berkata, kampung yang terjejas termasuk Kampung Belianjung, Taritipan, Asin-asin, Tanjung Batu Darat, Goruntong dan Damai.
“Seramai 324 penduduk dari 80 keluarga dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Taritipan, manakala 317 penduduk dipindahkan ke PPS Dewan Kampung Asin-asin.
“Dua puluh lima orang dari 13 keluarga dipindahkan ke PPS di Sekolah Rendah Advent Damai, manakala 71 penduduk membabitkan 10 keluarga dipindahkan ke PPS di SK Tun Dato Hj Mustapah.”
Di Kudat, jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS meningkat kepada 71 orang.
Bencana itu turut menjejaskan hampir 20 kampung di Kudat dengan mangsa banjir dijangka terus meningkat. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.