`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 28, 2021

7 ahli bomba usung lelaki 200kg dari tingkat 4 kondo ke hospital

 

Sepasukan anggota bomba menurunkan lelaki hampir 200kg dari tingkat empat sebuah kondominium untuk dihantar ke Hospital Pulau Pinang. (Gambar Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru)

PETALING JAYA: Sepasukan anggota bomba dikerah menurunkan seorang lelaki yang beratnya hampir 200kg dari tingkat empat Kondominium Spring Field di Bayan Lepas, Pulau Pinang untuk dihantar ke hospital.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Rithuwan Nordi Md Ashari berkata, pihaknya menerima panggilan daripada rakan lelaki itu meminta bantuan menghantarnya ke hospital untuk temujanji doktor.

Seramai tujuh anggota bomba menggunakan alat pengusung untuk menurunkan lelaki berusia 50-an itu.

“Sebaik sahaja tiba di kediaman mangsa, kita mendapati dia yang mempunyai berat mencecah 200kg itu berada dalam keadaan berbaring di atas katil di biliknya,” kata Rithuwan.

Sebuah ambulans kemudian menghantar lelaki itu ke Hospital Pulau Pinang.

Lelaki terbabit yang tinggal bersendirian difahamkan mempunyai masalah kesihatan berkaitan berat badan berlebihan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.