`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, January 25, 2021

Akaun bank kolej swasta dibeku, pengarah disiasat bersabit ‘Macau Scam’, pengubahan wang haram

 

Siasatan pihak berkuasa terhadap sindiket penipuan ‘Macau Scam’ menyaksikan kira-kira 200 akaun bank turut dibeku.

GEORGE TOWN: Pihak berkuasa membekukan enam akaun bank sebuah kolej swasta di sini berhubung siasatan pengubahan wang haram terhadap pengarahnya.

Sumber memberitahu FMT siasatan melibatkan pelbagai agensi, termasuk polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang ahli perniagaan yang juga pengarah kolej berkenaan.

Menurut sumber itu, pembekuan akaun bank berkenaan menyebabkan gaji kira-kira 200 kakitangan kolej itu dibelenggui tanda tanya.

Menurut sumber ,akaun terbabit dijangka dibekukan “sekurang-kurangnya tiga bulan.”

Difahamkan, kira-kira 200 akaun lain ahli perniagaan berkenaan, rakan niaga, dan sekutunya juga dibekukan.

Sumber sama turut memberitahu FMT bahawa tindakan terhadap pengarah kolej itu dan rakan niaganya itu adalah sebahagian daripada siasatan lebih besar susulan pembongkaran sindiket “Macau scam” oleh polis, baru-baru ini,

Pada 3 Jan, polis Johor mendedahkan sindiket “Macau Scam” membabitkan wang RM336 juta menerusi rangkaian akaun bank, lapor Bernama.

Sejumlah 12 orang ditahan setakakt ini berhubung siasatan itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.