`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, January 27, 2021

Akta khusus kawal harga bilik, rumah sewa perlu disegerakan elak caj terlalu mahal

 

Akta khusus akan membolehkan satu garis panduan diperkenalkan bersabit kadar sewaan.

PETALING JAYA: Sudah tiba masanya kerajaan segera memperkenalkan akta khusus untuk mengawal dan menyelia semua harga berkaitan bilik dan rumah sewa bagi menghalang pihak mengambil kesempatan megenakan harga sewaan ‘tinggi menggila’ di kawasan yang tidak munasabah.

Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) Salkukhairi Abd Shukor berkata, akta itu akan membolehkan satu garis panduan diperkenalkan bersabit kadar sewaan yang munasabah bagi bilik dan rumah kediaman mengikut jenis rumah dan kawasan premis sewaan terletak.

Beliau difahamkan kerajaan sememangnya sedang menggubal akta berkenaan yang bertujuan melindungi pihak tuan rumah dan penyewa dengan peraturan yang lebih jelas, adil dan tersusun serta melindungi kepentingan kedua-dua pihak.

“Saya juga dimaklumkan akta tersebut bakal menggariskan panduan berkenaan dengan kadar sewaan yang munasabah bagi rumah kediaman mengikut kawasan di mana ianya terletak dan ini suatu cadangan yang amat baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan FMT semalam bahawa perantau ibu kota terpaksa pilih ‘bilik sempit bertaraf stor’ kerana sewa rumah mahal di Kuala Lumpur dan persekitaran Lembah Klang.

Kata mereka, kebanyakan rumah di kawasan bandar Kuala Lumpur sukar diperolehi bagi kadar sewaan kurang daripada RM1,200 ditambah pula caj pendahuluan untuk menyewa dikenakan pemilik terlalu mahal mencakupi harga sewaan sehingga empat dan lima bulan.

Namun menurut Salkukhairi, kebanyaan caj premis kawasan di bandar dan berdekatan bandar ditetapkan mengikut nilai hartanah kawasan disewa.

”Jika nilaian sesuatu hartanah di sesebuah kawasan itu tinggi, maka kadar sewaannya juga akan tinggi.

“Kalau kita lihat daripada perangkaan yang dikeluarkan oleh jabatan penilaian, anggaran kenaikan hartanah di bandar-bandar besar adalah antara 10% – 20% setiap tahun.

Justeru katanya tidak dapat dielakkan apabila nilaian hartanah meningkat, kadar sewaan pun semakin meningkat baik kadar sewaan bagi bilik mahupun rumah sewa.

“Namun begitu disebabkan krisis ekonomi akibat Covid-19 nilaian hartanah merosot ketika ini,” katanya.

Bagaimanapun dengan wujudnya akta khusus, diharapkan keseimbangan dapat ditentukan dan kadar sewa ditetapkan berdasarkan faktor berkenaan, bukan tuntutan keterlaluan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.