`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 30, 2021

Bekas timbalan menteri saran presiden PAS lihat keadaan dalam negeri sebelum kritik negara lain

 

Bekas menteri luar Marzuki Yahya berkata, sebagai duta khas bertaraf menteri, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang seharusnya menjaga hubungan dengan negara luar, bukannya mengkritik negara terbabit.

PETALING JAYA: Bekas timbalan menteri luar negeri Marzuki Yahya berkata, tidak wajar Pesiden PAS Abdul Hadi Awang mengkiritk demokrasi di Amerika Syarikat atau negara lain kerana beliau sendiri mewakli sebuah kerajaan yang tidak dipilih oleh rakyat .

Hadi yang merupakan duta khas perdana menteri ke Asia Barat baru baru ini berkata, pentadbiran baharu AS tidak membawa makna kepada negara Islam kerana Presiden Joe Biden hanya akan meneruskan dasar negara itu yang dipengaruhi oleh golongan Zionis.

“Tidak bolehlah macam tu, kita ada dasar luar, kita kena berbaik dengan semua negara dan tidak boleh mengkritik demokrasi negara luar.

“Biden dipilih oleh rakyat AS, sementara kerajaan Malaysia yang ada ini pula tidak dipilih oleh rakyat,” kata Marzuki .

Beliau berkata, kerajaan yang tidak dipilih oleh rakyat tidak tahu bagaimana untuk menghormati demokrasi dan sebagai duta bertaraf menteri Hadi seharusnya menjaga hubungan dengan negara luar, bukannya mengkritik negara terbabit,” katanya kepada FMT.

Menurut Marzuki, kenyataan Hadi boleh dilihat sebagai percubaaan untuk menganggu-gugat hubungan Malaysia dengan AS sewaktu negara terus mahu berbaik-baik dengan mana-mana negara lain.

Beliau berkata, antara prinsip dasar luar Malaysia ialah “menyelesaikan masalah menerusi rundingan”.

Katanya, Malaysia mengamalkan pendekatan berbaik-baik dengan negara lain, di samping bersedia menjalinkan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang mahu bekerjasama.

Bahkan katanya, Malaysia berpegang pada pendekatan perundingan dan menolak pertikaian, apatah kaedah kekerasan dan paksaan.

Beliau berkata, Malaysia juga mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni serta memperjuangkan hak setiap negara untuk menyelesaikan masalah dalamannya tanpa campur tangan pihak luar.

Ketika mengulas pelantikan Biden, Hadi berkata, perbezaan antara kepimpinan Biden dengan Donald Trump sebelum ini hanyalah pendekatan diplomatik beliau yang lebih lembut bagi meraih pengaruh, tetapi pada masa sama terus menjadikan negara lain “buah catur” mengikut kehendak negara itu dan tidak dibenarkan mengambil tindakan sendiri.

Terdahulu, Perdana Menteri Muhyiddin Mohd Yassin mengucapkan tahniah kepada Biden yang dilantik sebagai presiden AS ke 46 dengan berkata, Malaysia mengikut rapat perkembangan proses pilihan raya negara itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.