`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, January 27, 2021

Budaya Yang Tidak Kenal Malu, Tidak Sedar Dangkal : Asal sopan, curi anak dara pun ok kut?

 





melihat budaya tidak sihat dalam cara kita mendesak pengunduran Presiden parti.

Pelbagai kain rentang dan sepanduk dengan perkataan nista dan kurang sopan 

Ini bukan budaya dan nilai UMNO. 

Malah ini bukan adab dan susila kita sebagai orang Islam dan Melayu.

Pesan saya, janganlah sesekali kita terkurang hormat kita kepada institusi Presiden

Pepatah Melayu berpesan, "Menurut Biar Berakal, Menentang Biar Beradab".

..."antan sama antan berlaga, ayam tepi lesung yang akan kenyang"...

"Serumpun bak serai, sesusun bak sirih. Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk".

Mohamad Hasan

My comments :

Brader Mat Hassan baru keluar kebun ke? 

Budaya Umno sudah lama kurang sopan dan kurang ajar. 

Dan melihat kenyataan Pemuda (di atas) tuduhan "dangkal" juga mirip budaya Umno.

Dan Brader Mat sudah lupa ke gambaran seperti ini :



Inilah 'adegan' famous Zahid selalu suka 'tunjuk penumbuk'.

Zahid pernah mencaci bekas presiden Umno dan bekas Perdana Menteri dengan panggilan Kutty dan entah ape lagi.

Panggilan 'Kutty' itu sebenarnya adalah kegagalan Zahid untuk menunjuk 'kurang ajar' dan juga menyuluhkan kedangkalan Zahid.

Zahid merasa bahawa keturunan darah Kerala Dr Mahathir itu adalah satu penghinaan. Maka diulang berkali-kali bahawa Dr Mahathir adalah 'Kutty'.  Mungkin semasa kecil dulu Zahid pernah dimaki atas ke-Jawa-annya yang telah beri kesan negatif pada mental Zahid.

Zahid juga pernah membuat kenyataan lantang bahawa orang Syiah adalah kafir !! Zahid terpaksa tutup mulut setelah Iraq mengancam tindak balas terhadap pelaburan Malaysia di sektor minyak negara itu.

Untuk fahaman Mat Hassan Umno telah lama hilang sopan, berkurang ajar dan dangkal. 

Apabila bekas presidennya boleh nafikan duit RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun peribadinya dan kemudian apabila bocor bukti akaun itu, dia boleh jawab dengan slamba bahawa duit itu adalah duit derma daripada pak Arab, ia menunjukkan biadap dan kurang ajar seorang presiden dan perdana menteri terhadap semua rakyat negara ini, bukan sahaja kepada ahli Umno saja. 

Dan kedangkalan Umno terserlah bila ramai juga ahli parti sanggup angkat sepanduk 'We love PM' dan 'Bossku'.  

Kedangkalan itu sudah terbenam dalam DNA Umno.  Umno is dangkal and dangkal is Umno.

Tetapi semua hujah ini hanya mainan di tepi lesung yang membuang masa saja.

This is the 21st century. Inilah abad di mana orang Melayu akan ketinggalan sekali lagi. Dari hampir semua aspek - pendidikan, ekonomi, sosial, agama dan banyak lagi.

Orang Melayu telah sampai ke tahap ini hasil daripada dasar yang dibentuk Umno selama lebih 62 tahun. Dan Umno masih memutarkan lagu piring hitam 'Rasa Sayang Eh' untuk menunjuk rasa sayang kepada kocek pemimpin parti.

Face it Tok Mat - Umno is a big money party. 

Ahli parti, penyokong parti dan pengundi Melayu hanya perlu untuk menjadi kaldai tunggangan setiap lima tahun.  Cash is king. Umno sudah lama kurang ajar.   

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.