`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 24, 2021

Hannah Yeoh persoal Ketua Setiausaha Negara hadiri mesyuarat politik PN

 

PETALING JAYA: Pemimpin DAP Hannah Yeoh mempersoalkan kehadiran Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali dalam mesyuarat Majlis Presiden kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau menganggap tindakan melibatkan penjawat awam dalam mesyuarat politik sebagai tidak profesional.

“Kenapa Ketua Setiausaha Negara (KSN) boleh terlibat dalam mesyuarat politik Perikatan Nasional?

“Jangan libatkan penjawat awam dalam mesyuarat politik. Tidak profesional,” katanya di Twitternya.

Yeoh adalah ahli Parlimen Segambut dan bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Terdahulu, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) petang tadi secara dalam talian.

Beliau berkata mesyuarat itu dihadiri oleh presiden 12 presiden parti dari PPBM, Umno, PAS, PBB, MCA, MIC, PRS, SUPP, PDP, PBS, STAR dan SAPP manakala PBRS diwakili Timbalan Presiden.

Dalam hantaran di Facebooknya, Muhyiddin berkata taklimat mengenai proklamasi darurat dari Menteri di Jabatan Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan, Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Norhizan Ismail telah disambut baik.

Menurutnya, pelbagai isu telah dibincangkan dan kesemua ahli mesyuarat berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan panjang lebar mengenai ordinan darurat.

Beliau juga berkata kesemua ahli berpuas hati dengan pengurusan darurat, pengurusan pandemik Covid-19 dan pelan immunisasi vaksin yang akan bermula pada bulan Februari ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.