`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 21, 2021

Lebih 4,000 set KFC diberi kepada ‘frontliner’, pesakit Covid-19

Pengasas Masak-Masak Cek Yana Nur Diana Matusin menyerahkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan di MAEPS.

PETALING JAYA: Sebuah syarikat makanan dikenali sebagai Masak-Masak Cek Yana (MMC) menyumbangkan 4,089 set KFC dan 8,178 pek rempah Oden keluaran syarikat itu kepada barisan petugas hadapan dan pesakit Covid-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Pengasas Masak-Masak Cek Yana Nur Diana Matusin.

Pengasasnya Nur Diana Matusin berkata, sumbangan bernilai RM174,600 itu bagi menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan dan memberi semangat kepada pesakit Covid-19.

“Tujuan kita adalah untuk berkongsi rezeki dan juga terus memberi semangat kepada pesakit-pesakit yang agak lama dikuarantin di sini dan berjauhan dengan keluarga mereka.

“Sumbangan ini bukanlah kali pertama, sebelum ini (kami) telah memberi sumbangan kepada petugas Covid-19 di Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Nur Diana berkata, dia juga merancang untuk memberi “bantuan dari segi makanan asas dan apa sahaja yang bersesuaian” kepada keluarga pesakit Covid-19 dan mangsa banjir. - FMT 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.