`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 9, 2021

TNB buat penilaian menyeluruh kerugian lepas banjir pulih

 

TNB akan menjalankan kerja pembaikan secepat mungkin bagi memastikan penduduk kawasan terjejas banjir mendapat bekalan elektrik. (Gambar Bernama)

KUALA NERANG: Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan membuat penilaian menyeluruh kerugian dialaminya berikutan banjir yang melanda empat negeri ketika ini.

Pengerusinya Mahdzir Khalid berkata, penilaian itu dijangka dilakukan sebaik bencana yang melanda Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor pulih sepenuhnya.

“Kami pernah ada pengalaman pada 2014 apabila banyak aset TNB seperti pencawang elektrik rosak berikutan banjir yang berlaku.

“Jadi dalam tempoh enam tahun sehingga kini banyak perkara yang dilakukan untuk mengurangkan kerosakan ke atas aset TNB. Kita ambil contoh, tempat letak pencawang elektrik sebelum ini di kawasan tanah rendah tetapi sekarang ia diletak di tempat lebih tinggi.

“Kalau banjir berlaku sekalipun, ada aset yang selamat,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan pakaian persekolahan kepada pelajar sekolah Padang Terap.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap ditanya pemberita mengenai jumlah kerugian yang dialami TNB berikutan banjir yang melanda di negeri berkenaan ketika ini.

Mahdzir berkata, selepas penilaian dibuat, TNB akan melakukan kerja pembaikan secepat mungkin bagi memastikan penduduk di kawasan terjejas mendapat bekalan elektrik.

Katanya, TNB mengambil tindakan menutup sementara pencawangnya di kawasan tertentu yang dilanda banjir bagi mengelakkan sebarang isu keselamatan yang boleh membahayakan nyawa penduduk.

“Sekiranya tiada bekalan elektrik di pusat pemindahan sementara, TNB menyediakan set jana kuasa mudah alih di situ,” katanya.

Setakat 8 pagi tadi, 43,791 orang dipindahkan ke pusat pemindahan di Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor dan Perak ekoran bencana itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.