`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 28, 2021

"YB Kaya" Lebih Risau Siapa Dapat AP Impot Daging - MESTI BACA, MUST READ. THANK YOU.

 

 

  • 60% of AP meat import bumiputera companies, said Agri Minister 
  • allegations by former Dep Min that only 10% of meat AP are bumi companies

My comments : Tuan-tuan dengar baik-baik ya. 

  • Mereka tidak peduli berapa harga daging di pasaran 
  • Atau cara-cara kita boleh mengurangkan harga daging di Malaysia? 
  • Itu semua they dont care. 

Mereka hanya pentingkan siapa dapat AP untuk impot daging. Itu saja. 

  • AP ini semua bukan mainan rakyat biasa seperti tuan-tuan. 
  • AP ini mainan orang kaya saja. 
  • Kalau dia dapat AP maka lagi kaya lah dia. 

Tuan-tuan pula boleh seronok-seronok membaca saja berita pasal depa impot daging kangaroo, daging kuda, daging entah apa lagi, isu siapa dapat AP, kawan dia dapat atau bukan kawan dia yang dapat AP dan begitu. 

Mereka tidak peduli pun harga satu kilo daging di pasar. Di kawasan saya Bangla jual daging di tepi jalan dengan harga RM36 se kilo.

Tidak lama dulu (ok lah pasca zaman Saloma) daging lembu kena "price control" dengan harga RM22 se kilo.  Zaman itu harga minyak adalah tinggi. Sekarang harga minyak sudah jatuh tapi harga daging pula naik gila. 

Why? 

Tuan-tuan kita tidak perlu dengar cadangan bangang menggunakan duit rakyat (taxpayers funds) untuk projek membela lembu. Akhir sekali duit lembu masuk kondo pula. 

Negara kita luas dengan tanah yang subur dengan rumput dan pokok daun yang sesuai dimakan lembu dan kambing. Sepatutnya kita sudah menjadi negara pengeluar lembu dan kambing yang besar dalam dunia. 

Tetapi apa yang berlaku pula ialah kita mengimpot lembu dari Thailand. Atau orang kaya juga smuggle lembu dari Thailand. Pada hal Thailand adalah negara majoriti Buddhist yang kurang makan daging lembu atau minum teh susu. Tetapi mereka masih boleh mengeluarkan banyak lembu yang diekspot atau di smuggle ke Malaysia. 

How can that happen? Sebab di Thailand mereka menggalakkan sesiapa saja yang sedia ternak lembu menjadi penternak lembu.  So they can produce a lot of cows and even export (or smuggle) to Malaysia. 

Kita hapuskan saja mainan AP-AP ini. AP hanya untuk orang kaya cap duit tanpa perlu kerja keras. AP itu tidak mempunyai value added. Saya nak tanya berapa ramaikah di antara tuan-tuan 'rakyat marhaen' yang dapat AP untuk impot apa pun? Yilek. AP ini untuk orang kaya saja. 

Tugas tuan-tuan hanyalah pada setiap lima tahun pi undi puak-puak AP ini untuk menang pilihanraya. Atas nama 'agama, bangsa' dan entah apa lagi lah. 

Lepas tu bila balik mengundi, bini pula kata, 'Bang harga daging sudah naik RM36 sekilo, kita makan ayam sajalah. Ayam RM7 sekilo'. 

Ikan kembong pun sudah RM16 sekilo.  Dulu YB Kuala Cetek pernah kata tuan-tuan boleh makan kangkung. Sudah lupa ke? 


Kangkung tidak perlu AP


Tuan-tuan, harga barang keperluan itu bergantung 100% kepada supply dan demand. Harga daging mahal sebab obviously demand untuk daging jauh melebihi supply daging dalam negara kita. Kita tidak menternak cukup lembu dan kambing untuk pasaran tempatan kita.

Dan impot daging pula di control oleh pemegang AP (maksudnya mereka pegang monopoli lah) maka sudah tentu harga daging mahal. 

Projek lembu yang kononnya gunakan feedlot itu pun adalah projek bengong. Mereka impot juga anak lembu dari overseas, bagi makan feedlot (bahan makanan yang di impot) sehingga lembu cukup gemuk untuk di sembelih. Dan yang paling bangang sekali depa gunakan taxpayers funds atau duit rakyat untuk membuat projek lembu. Macam ini depa kata 'self sufficienct' kah? Obviously they do not understand the concept of limited capacity of taxpayers funds.  

Tuan-tuan, kita hapuskan saja AP-AP ini terutama sekali AP impot daging, impot kereta dsbnya.  Dengan secara instant (secepat mee segera) harga daging akan turun. Percayalah. 

Jika sesiapa pun boleh impot daging dari mana pun maka competition (persaingan) akan bertambah dan harga daging impot akan turun. Apabila harga daging impot menurun, harga daging tempatan pun akan terpaksa menurun. 

Bagi ahli politik yang berpura-pura memperjuangkan agama, bangsa, bahasa dan entah apa lagi dont worry brader. Sekarang ramai juga orang Melayu / bumiputra pun sudah pandai impot ekspot. Mereka tahu negeri mana ekspot daging lembu, daging kambing, daging kangaroo, daging kuda dsbnya. Jadi tidak ada sebab kenapa AP itu perlu lagi. 

Dan kita juga perlu increase pengeluaran daging dalam negara kita. Tuan-tuan kenapa kita tidak successful dalam pengeluaran daging? Antara sebabnya kita gunakan taxpayers funds atau duit hasil cukai untuk membeli lembu yang kemudian diberi percuma kepada penternak lembu. Projek lembu feedlot itu pun gunakan taxpayers funds juga.  Semuanya gunakan taxpayers funds atau hasil cukai duit rakyat. Semuanya gagal. 

Dulu ramai juga 'penternak' yang dapat anak lembu free. Anak lembu free pula diimpot dari luar negara oleh syarikat orang kaya yang pegang AP impot lembu hidup. Syarikat orang kaya pula dibayar oleh kerajaan dengan mengguna duit kita lah - taxpayers money. Cukup cantik ya tuan-tuan, sistem mereka untuk perah duit kita sampai habis. 

(Dan kekadang idea untuk kasi anak lembu free kepada orang kampong itu datang daripada orang kaya pemegang AP impot anak lembu juga.)

Orang yang dapat anak lembu free itu cuma perlu jaga anak lembu, bagi makan minum sampai cukup gemuk untuk dijual dan disembelih. Makanan lembu pun kekadang dapat free daripada kerajaan. Tetapi ada pula yang sembelih lembu untuk khenduri sendiri.  

Masalahnya ialah bila lembu itu sudah dijual, "penternak lembu" itu tunggu kerajaan ganti seekor lagi anak lembu percuma. Mereka tunggu "anak lembu ganti" (replacement cows). Tuan-tuan ini bukan "membangun industri penternakan lembu".  Itu tidak lain tidak bukan hanyalah industri 'tunggu lembu free' dan memperkayakan orang kaya pemegang AP impot anak lembu. 

Apabila harga minyak dunia tinggi dan hasil minyak kerajaan pun tinggi maka "lembu free" tadi datang berlari dan menari.

  


Tetapi apabila ekonomi meleset, hasil minyak kerajaan menurun, kerajaan bertukar (ha ha ha) dsbnya maka "lembu free" pun jadi tempang juga. "Membangun industri penternakan lembu" pun terbengkalai.  Supply daging pun tak cukup untuk memenuhi keperluan negara. Maka harga daging lembu pun melonjak 64% dari RM22 sekilo (lima tahun sudah ??) ke RM36 sekilo hari ini.

Tuan-tuan allow me to digress. Biar saya menyimpang sedikit. Kita tidak boleh bangunkan ekonomi negara dengan mengharapkan hasil kutipan cukai sahaja. Why cannot? Sebab hasil kutipan cukai memang tidak cukup untuk bangunkan negara.

Dia begini tuan-tuan. Saya ambil contoh yang very simple, apa yang Omputih kata 'ball park figure'. Maksudnya kurang lebih sajalah. 

  • Saiz ekonomi negara kita  (GDP) kurang lebih RM1.44 TRILLION. 
  • Ataupun RM1,440 BILLION. 
  • Bajet 2021 pula adalah RM322 Billion. 

Jadi Bajet 2021 / GDP = RM322b / RM1,440b = 22% sahaja.  

Oleh kerana keseluruhan Bajet Kerajaan adalah taxpayers liability atau beban tanggungan rakyat, yang hanya boleh ditebus atau dibayar balik daripada kutipan hasil kerajaan maka maksudnya 22% itu adalah implied tax rate (atau kadar cukai yang tersirat) atas GDP ekonomi kita (untuk tahun ini). 

Dan bagi setiap tahun pun, the same 'ball park figure' calculation can be used. Ingat ya - ini ball park calculation saja, no need for the suicide bombs ok.   

Dan kebetulannya implied tax rate 22% ini boleh di-bandingkan dengan corporate tax rate 27%, income tax rate sekitar 20% dsbnya. So the 'implied tax rate' of 22% of GDP still compares well with the actual tax rates in the country.

Anyway, kita imbas balik ok. Daripada saiz GDP ekonomi Malaysia RM1,440 billion tadi, peruntukan Bajet 2021 adalah RM322 billion ataupun 22% daripada saiz GDP ekonomi negara. 

Inilah 'implied tax rate' atau 'kadar cukai yang tersirat' atas GDP ekonomi negara kita. A simple comparison.

So here is the punchline Tuan-tuan, you cannot use a tax collection worth RM322b and expect this amount of money to generate economic output that is 4.5 times larger ie to match our GDP of RM1,440 billion. 

Dan peruntukan Bajet digunakan untuk bina infrastruktur seperti sekolah, hospital, jalan raya, beli kapal selam, beli pesawat pejuang, buat jembatan, empangan, paip air dsbnya.  Itupun tak cukup. Dan baki yang tinggal untuk majukan perniagaan dan bisnes Melayu / bumiputera adalah lagi sikit. 

Jadi there is no way kutipan hasil oleh kerajaan sebanyak RM322b itu boleh digunakan untuk menjana ekonomi yang 4.5 kali ganda saiznya ia itu GDP negara RM1,440 billion tadi. It does not work that way.

Jadi dasar-dasar lapuk yang mengatakan 'we can use government procurement to bring up the bumiputera ekonomi' - yang menjadi tunjang Dasar Ekonomi Baru dan juga disebut oleh semua perdana menteri termasuk Najib Razak - memang still born daripada malam yang pertama. It is horribly flawed economic thinking yang langsung tidak boleh berjaya. It is not going to work. It has not worked for the past 50 years and it will not work for the next 50 years either.

There is no way you can create new economic wealth sufficient for 60% of the population (bumiputeras) using tax collections alone. No matter how much taxes you collect.

Dan jangan pula hero-hero yang tidak faham apa benda pun berkenaan ekonomi, kewangan dan bisnes membuat cadangan kuda bahawa liar kita letak saja cukai tinggi atas glove manufacturer, kita sambung balik cukai GST, kita naikkan cukai impot dsbnya. 

What will happen? Daripada saiz GDP ekonomi RM1,440 billion tadi, jumlah duit hasil yang dikutip oleh kerajaan akan bertambah (hooray) tetapi pada masa yang sama baki duit yang tinggal dalam GDP ekonomi negara akan berkurangan. 

It is NOT a win win situation. It is actually a zero sum game sebab jumlah duit dan output (tahunan) dalam ekonomi negara kita adalah terhad (limited).  Kuasa penjanaan ekonomi negara (new wealth creation) akan terhimpit.   

Another simple example : Katakanlah  dalam satu bakul ada 10 biji telur. Kalau Kerajaan kutip hasil 3 biji telur, maka tinggal 7 biji telor saja yang kita semua boleh share. Kalau kerajaan naikkan cukai dan mengambil 5 biji telur, maka tinggal 5 biji telor saja yang kita semua boleh share. Kerajaan akan kenyang tetapi rakyat marhaen pula akan kebuluran. 

Dan apabila kutipan hasil kerajaan lebih menguntungkan orang kaya, kumpulan elit, pemegang AP, pemegang monopoli, pemimpin politik, YB gaji berpuluh ribu, CEO GLC bergaji beratus ribu, chairman agensi kerajaan dan GLC bergaji berpuluh ribu, duit ajaib RM2.6 billion masuk akaun peribadi perdana menteri, projek lembu masuk kondo dsbnya maka baki yang tinggal bagi rakyat marhaen serupa tahi ayam kering yang terlekat bawah kasut selipar.   There is nothing left.

Kita jangan "put the horse before the cart". 


Ini cara  yang salah.

Kita kena "put the cart before the horse".


Ini cara yang betul


Maksudnya bagi ekonomi kita, kita mesti majukan atau mengembangkan saiz GDP ekonom negara dulu - dengan secepat mungkin.  That should be priority No. 1.

Lagi besar saiz GDP ekonomi kita maka lagi banyak lah kutipan hasil cukai kerajaan.
Lagi ramailah kroni boleh tumpang seronok cap duit. 
Lagi ramai lah orang kaya dan orang berkuasa boleh dapat AGIHAN duit rakyat. 
Lagi ramailah orang kaya yang pegang monopoli boleh jadi billionaire.     
Lagi banyaklah lembu happy boleh diberi percuma kepada pengundi di kampong.

Jangan pula kita nak sekat peluang ekonomi orang, letak cukai tinggi atas glove manufacturer, tarik balik tanah TOL ladang dan kebun (tetapi bagi kepada orang lain pula), kenakan GST, naikkan cukai impot, letak syarat begini dan begitu - yang semuanya sekat GDP ekonomi daripada berkembang.  Kalau GDP ekonomi tidak bertambah maka kutipan hasil kerajaan pun akan berkurangan. Lembu happy akan jadi tak happy dah.

So please hapuskan AP untuk impot daging. AP impot daging hanya melahirkan generasi pemalas 'towkay AP'. They do not know anything about business. Dan AP impot daging menyebabkan harga daging naik. Dan AP daging juga bawa masuk daging kangaroo dan daging kuda. 

(Rupanya siasatan untuk mengenal pasti siapakah pengimpot daging kangaroo dan daging kuda dsbnya itu akan jadi serupa siasatan mencari MH370 atau mencari Amri Che Mat, Pastor Koh, Pastor Helmy dan isteri Ruth, mencari suami Indira Gandhi atau usaha mencari "pembunuh" sebenar Mohd Adib Mohd Kassim. Ianya berpotensi menjadi satu lagi kes  'The Unsolved Mysteries of Malaysia'.)  

Anyway balik kepada tujuan asal khutbah hari ini - kita mesti tambahkan pengeluaran daging dalam negara kita. Why? So that harga daging lebih munasabah dan akan ringankan kos sara hidup bagi rakyat negara kita. 

Kalau nak terus memberi anak lembu percuma kepada pengundi di kampong, bagi saja lah. Please go ahead. Tetapi jangan bayar harga dua tiga kali ganda harga pasaran untuk membeli anak lembu daripada orang kaya pemegang AP impot lembu, ok? Hapuskan saja AP impot anak lembu sekali.

Kalau nak buat projek lembu kondo pun buatlah tapi jangan gunakan duit rakyat. Guna lah duit bapak dia sendiri. 

Anyway saya ada cadangan lain sikit. OutSyed The Box. 

Tuan-tuan kenapa harga ayam RM7 sekilo tetapi harga daging RM36 sekilo? 

Sebab ladang ternak ayam tidak perlu AP.  Dari dulu lagi dalam negara kita ini sudah ada chicken farm saiz besar yang dapat keluarkan ayam dan telur ayam yang cukup.  Kebanyakan chicken farm ini kepunyaan orang Cina yang memang pakar dan expert dalam ternakan ayam. Dan juga itek.  

Jadi negara kita self sufficient dalam pengeluaran ayam dan telur ayam. Supply ayam dan telur ayam memang cukup. Kita bersyukur lah kepada Allah swt bahawasanya chicken farmer Cina ini dapat jalankan bisnes chicken farming mereka tanpa gangguan sesiapa pun.

Cuba bayangkan jika ada orang kaya ingin merampas tanah ladang ternak ayam atau batal lesen TOL chicken farm, tentu sekali harga ayam pun akan naik melambong. Mungkin jadi sama harga dengan daging.

Begitu juga dari dulu sampai sekarang dalam negara kita ini orang Tamil dan Punjabi adalah jaguh dalam menternak lembu dan kambing. Di banyak bandar di pantai Barat kita sudah biasa dengan 'Benggali susu' yang menjual susu lembu. Mereka juga adalah penternak lembu. 

Dan terdapat juga sebilangan orang Tamil yang terlibat 'goat farming' atau ternak kambing.  Mereka ini mempunyai natural talent dalam menternak lembu dan kambing. Ramai daripada mereka adalah successful. Saya kenali sebuah syarikat orang Tamil yang mempunyai ladang ternak kambing dan jaringan kedai jual daging (butcher shop chain) yang successful. Hasil usaha mereka bantu memenuhi keperluan food security negara kita. 

Saya cadangkan JANGAN beri mereka lembu atau kambing free. Nanti mereka pula jadi pemalas. Mereka tidak perlukan bantuan sangat tetapi apa yang mereka sangat perlukan adalah tanah ladang.  

Dan dalam kawasan negeri-negeri kita memang terdapat beribu atau berpuluh ribu ekar tanah kosong, tanah terbiar, tanah belukar dan banyak lagi tanah yang tidak menjana sebarang economic output.

Lebih elok bagi pihak kerajaan negeri menyewa tanah yang kosong ini kepada sesiapa pun, tak kira Melayu, Cina, India, Punjabi. Tamil, Kerala, Dayak, Suluk, Dusun atau sesiapa pun penternak lembu dan kambing dengan bayaran sewa yang biasa (di negeri Perak contohnya RM50-RM100 se ekar untuk setahun??) so that mereka boleh menternak lembu dan kambing yang boleh membantu memenuhi demand untuk daging dalam negara kita.  Tempoh sewa yang munasabah bagi industri ternakan katakanlah 10 tahun - cukup tempoh bagi mereka cover balik pelaburan modal mereka (payback period).  

Jangan pula letak sewa tanah TOL RM4,500 !! Itu YB Sharkar tak tahu kira. 

Bila mereka boleh jayakan industri ternakan beberapa perkara akan berlaku:

1. Pengeluaran daging dan susu akan meningkat. 

2. Harga daging boleh menurun atau lebih munasabah.

3. Kutipan hasil kerajaan daripada industri penternakan akan bertambah.

4. Graduate kita dalam bidang tani akan berpeluang mendapat pekerjaan  

5. Impot daging akan kurang, nilai Ringgit akan kukuh.


Ataupun alternatifnya jangan buat apa-apa pun. Biar saja keadaan semasa berlanjutan.

1. Harga daging akan kekal "naik"

2. Daging akan menjadi makanan orang kaya saja.

2. Golongan kaya pemegang AP impot daging boleh terus kaya.

3.  Rakyat marhaen boleh makan kangkung.

So tuan-tuan, pilihlah antara 'AP'  atau 'no AP'. 
Jangan pilih 'atau' tau.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.