The following is in Malay entirely, written by Fauzi Kadir at Permadu Malaysia. It is not just an eye opener but it should blow away our hair as well.
Mengapa bomoh sendiri tak jadi Naib Canselor atau perdana menteri?
SEORANG profesor mendedahkan bahawa terdapat sejumlah tertentu profesor di universiti awam yang sanggup menggunakan khidmat bomoh untuk tujuan naik pangkat, disayangi menteri, digeruni ketika bermesyuarat dan beberapa sebab lain.
Antara jawatan yang dihajatkan, terkait dengan penggunaan bomoh termasuk jawatan Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Dekan Fakulti, Pengarah Kualiti dan lain-lain.
Ada juga yang menggunakan bomoh atas tujuan semi profesional seperti memikat wanita idaman (atau lelaki idaman, bagi profesor wanita), menjatuhkan pesaing terdekat serta menundukkan lawan yang sukar ditewaskan.
Amalan yang dipercayai bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh menyebabkan seseorang itu menjadi syirik terus bercambah termasuk di musim PKP dan darurat.
Menurut profesor itu lagi, antara bomoh yang paling popular di kalangan mereka adalah bomoh ... yang dianggap mempunyai kemahiran mistikal yang lebih berkualiti walaupun terpaksa membayar yuran perkhidmatan yang jauh lebih tinggi.
Sementara itu, seorang profesor madya sebuah universiti kerajaan memberitahu Permadu Malaysia bahawa beliau sendiri menggunakan khidmat bomoh atas tujuan mempertahankan diri kerana ada profesor lain di universiti tersebut didapati menggunakan bomoh untuk menjatuhkan beliau.
"Ada yang rasa iri hati kepada saya kerana memegang jawatan di jabatan ini, jawatan yang menjadi rebutan," katanya.
Seandainya semua dakwaan dari pendedahan ini betul dan benar, Permadu Malaysia berpandangan bahawa ia merupakan berita malang bagi Malaysia dan amat mendukacitakan.
Selain bertentangan dengan ajaran agama, amalan penggunaan bomoh yang boleh menjadi berleluasa ini akan mengancam daya pemikiran para ilmuwan dari berfikir secara saintifik dan rasional. Seterusnya, kualiti para siswa-siswi yang lahir dari universiti awam akan turut terjejas.
(OSTB : Sdra Fauzi I think it is too late.)
Seperkara lagi, penggunaan bomoh juga menunjukkan bahawa profesor-profesor berkenaan tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri.
Dibawa kepada anda oleh Fauzi Kadir untuk Permadu Malaysia.
My comments :
Ok so what will happen now? Will Utusan carry this news on the front page? Will Sinar talk about it? I dont think so. Will there be action taken by anyone? I dont think so.
This is not a case of Malaysia and the Club of Doom. This is a case of "Malays And The Club of Doom".
Let us be positive. Let us all close our eyes, focus our thoughts, get our hopes up and express a wish that among the Malays themselves there will arise a group of them who will drastically change all these debilitating and loathsome behaviours that keeps themselves so down and in the dumps. The change must come from the Malays themselves. I think the time has come when leaders will arise from among the Malays to make a real change in themselves.
"..Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..." (Surah ar Raad: 11)
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.