`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, February 1, 2021

Tak Pernah Tengok Atau Tak Mahu Tengok? Pemimpin Umno Kontraktor Dan Millionaire, 99% Ketua Bahagian, Pemuda Millionaire

 Sila lihat video berikut di mana Ketua Pemuda menggelabar tak boleh menjawab soalan Dr Asri (Majlis Profesor Negara). Syed Sadik pula duk senyum relaks.




Fitnah? Fitnah kepala hotak kau.

The question is not kalau hang terlibat politik wang atau tidak terlibat politik wang. Dont change the story. The question is hang ada berapa banyak biji kereta? Hang punyai kereta mewah jenis apa? Rumah hang besaq mana? Banglo kah, dengan swimming pool kah, condominium mewah ka apa? Hang pakai jam tangan jenis apa? Itu soalan nya. Lepas itu tanya bini hang pula. Lepas tu tanya anak-anak hang sekali.

Porsche? Mamat ni sudah ketinggalan zaman da. Sekarang orang tak main Porsche lagi lah.  Sekarang orang boleh beli motor Ducati dengan harga RM888,000.  Porsche sudah jadi tahi kucing. 




At last orang Melayu pun boleh nampak gelagat orang Umno. 

Ikut soalan Dr Asri dalam video itu, 99% Ketua Bahagian Umno adalah millionaire.  

Tuan-tuan this is my view. Dari dulu lagi saya sudah sebut. Dasar Ekonomi Baru sudah gagal. New Economic Policy is a failure.

Tetapi there are some successes. Ada juga satu dua tempat di mana Dasar Ekonomi Baru sudah berjaya dan menemui sukses. Saya pernah sebut ini dulu. 

Satu daripada kejayaan Dasar Ekonomi Baru yang besar sekali ialah ramai (kalau bukan semua lah) anak-anak Menteri jadi millionaire. 

Dan sekarang ikut Dr Asri (bukan saya cakap tau, jangan marah saya) 99% daripada Ketua Bahagian Umno adalah millionaire. Begitu juga pemimpin Pemuda Umno juga ramai millionaire.

Jadi bagi saya the solution is very simple. Kita hanya perlu increase bilangan anak Menteri Melayu / bumiputera dalam negara kita. Insya Allah mereka semua boleh menjadi millionaire successful. 

Kita hanya perlu increase bilangan Melayu / bumiputera menjadi Ketua Bahagian Umno, menjadi pemimpin Pemuda Umno dsbnya. Insya Allah mereka semua akan menjadi millionaire. Amin Amin ya Rabbul Alamin.

Problem solved tuan-tuan.

Tetapi majoriti orang Melayu pula hidup susah. 

Hampir TIGA JUTA orang menganggur. Majoriti besarnya Melayu / bumiputera. 

Masalah besarnya ialah ekonomi Melayu / bumiputera sangat bergantung kepada perbelanjaan kerajaan (government spending). 

Daripada saiz GDP ekonomi RM1.44 TRILLION atau RM1,440 Billion, Bajet 2021 hanya RM323 billion atau 22%. 

Dan inilah RM323 billion kutipan hasil kerajaan untuk membuat jalan, beli peralatan tentera, buat sekolah, buat hospital dan semua sekali bagi 32 juta penduduk Malaysia.

Tuan-tuan, orang Melayu sangat-sangat bergantung kepada perbelanjaan kerajaan untuk sara hidup.

1.7 juta orang Melayu menjadi Penjawat Awam makan gaji dengan Kerajaan.
1.3 juta lagi orang Melayu makan gaji dengan syarikat GLC.
That is 3.0 million Malays / bumiputera. Total penduduk Melayu sekitar 18 Juta. 

Untuk bayar gaji, pencen, elaun dsbnya bagi TIGA juta pekerja Kerajaan dan GLC ini memakan hampir RM112 Billion setiap tahun. 

  • Emoluments – RM84.5 billion
  • Pensions – RM27.7 billion
  • Subsidies – RM18.7 billion

Baki Bajet yang tinggal hanya RM322b - RM112b = RM210 billion.

Anak Menteri, pemimpin Umno dan pemimpin Pemuda Umno pula hampir 99.99% hidup dengan main kontrak dan projek kerajaan.  Merekalah golongan elit.

Jadi kalau setiap seorang daripada golongan elit millionaire itu dapat RM1 Juta, maksudnya kurang RM1 juta-lah bagi baki 18 Juta orang Melayu dalam negara kita. Dan juga RM1 juta kuranglah bagi baki 14 juta penduduk negara kita. 

Tahun sudah 2020 dan tahun 2021 ini seluruh dunia dilanda wabak covid19. Negara kita sedang mengalami ekonomi yang teruk.  Kalau ekonomi rugi besar maka kutipan cukai oleh Kerajaan pun akan terjejas. 

Dalam negara kita tarikh tutup declare income tax adalah 1hb April. Ia itu pada setiap 1hb April kita kena declare pendapatan daripada tahun assessment sebelumnya. So pada 1hb April 2021 ini   Kerajaan akan tahu lah berapa banyak income tax yang boleh dikutip daripada tahun assessment 2020 - dengan Covid19,  hasil minyak meleset, dengan MCO dan segalanya. It is going to be very bad. 

Tapi puak-puak ini pula masih boleh berseronok dengan kereta mewah, motor besar dan duit juta-juta mereka.  

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.