PETALING JAYA: Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik mahu tindakan diambil jika benar terdapat guru yang meninggalkan komen lucah dalam hantaran Facebook membabitkan pelajar sekolah menengah yang mendedahkan guru membuat gurauan rogol di sekolah.
Maszlee menggesa penggantinya, Radzi Jidin, dan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mengambil tindakan segera, sambil menambah laporan polis dan laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu dibuat.
“Maruah para guru tidak patut dicemari oleh segelintir manusia merakbal,” katanya di Twitter yang diakhiri tanda pagar #MakeSchoolASaferPlace.
Pelajar perempuan 17 tahun itu membuat laporan polis terhadap rakan sekelasnya yang melakukan ugutan rogol terhadapnya selepas dia mendedahkan gurunya membuat gurauan rogol. Laporan itu bagaimanapun ditarik balik selepas remaja lelaki itu meminta maaf.
Tetapi selepas bercakap dengan Malaysiakini semalam, beberapa komen lucah dikesan dalam laman Facebook portal itu mengenai hantaran temubualnya, yang mencetuskan kegemparan dalam kalangan warganet.
Beberapa pengguna mendakwa dua lelaki yang juga pengguna Facebook yang meninggalkan komen lucah adalah guru dari dua sekolah berbeza di Pahang.
Di Twitter, @sageamani berkata, komen lucah tentang perempuan bawah umur oleh pendidik yang setiap hari berjumpa orang bawah umur.
Tidak dapat dipastikan sama ada komen berkenaan sudah dikeluarkan atau pun sebaliknya, FMT sudah menghubungi KPM untuk mengulas perkara ini. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.