`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, November 13, 2021

Tapak pesta diarah tutup selepas lelaki maut jatuh buaian berpusing

 

Pengarah JKKP Selangor Bahrudin Mamat, berkata sepasukan pegawai penyiasat diarah melakukan pemeriksaan di lokasi dan siasatan awal pihaknya mendapati dua mangsa terjatuh dari ketinggian kira-kira lapan meter pada jam 11.15 malam. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengarahkan tapak pesta ria berhampiran pusat beli-belah di Cheras Selatan, dekat Kajang, ditutup serta merta selepas kematian seorang lelaki akibat terjatuh buaian berpusing, kelmarin.

Arahan itu dikeluarkan bagi membolehkan JKKP menjalankan siasatan lanjut dan mencari punca sebenar insiden berkenaan.

Menurut Pengarah JKKP Selangor Bahrudin Mamat, sepasukan pegawai penyiasat diarah melakukan pemeriksaan di lokasi dan siasatan awal pihaknya mendapati dua mangsa terjatuh dari ketinggian kira-kira lapan meter pada jam 11.15 malam.

“Berikutan itu, kita mengeluarkan lima Pemberitahuan Larangan mengikut Seksyen 19 (2) Akta Kilang Dan Jentera 1967 bagi menghentikan operasi ke atas lima unit alat permainan.

“Satu Notis Larangan mengikut Seksyen 48 (2) Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 turut dikeluarkan atas kegagalan pihak operator menjalankan penaksiran risiko bagi semua aktiviti di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan, menurut laporan Berita Harian.

Katanya, mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab sekiranya didapati berlaku pelanggaran akta ditetapkan.

“Kita memandang serius setiap kemalangan membabitkan pekerja dan orang awam.

“Operator mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti dan bertanggungjawab meneliti terlebih dulu bahaya dengan membuat penilaian risiko sebelum menjalankan operasi,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari buaian berpusing di tapak pesta ria itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Nasir Drahman berkata, mangsa berusia 39 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Kajang di lokasi kejadian. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.