`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, November 16, 2021

Debu Dalam Suci

 


Sila baca komen saya pada penghujungnya.

Nota : Saya telah terima penulisan berikut melalui WhatsApp yang mengatakan penulisnya adalah seorang Dr Nazmi

Tulisan ini di-muatnaik dengan sedikit perubahan.  

Kenapa Parti Lebai Sekarang Amat Memalukan Agama ?

1. Apabila N--ib disabitkan kesalahan dengan penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam perbicaraan S-C, pemimpin tertinggi Parti Lebai segera datang memberikan sokongan moral kepada N--ib. Kata mereka 'N--ib sahabat sejati'.

Impresi Orang Agama Lain (OAL) : Agama, seperti contoh pemimpin Parti Lebai tiada masalah dengan korupsi malah melindungi orang yang korup.

2. Pemimpin Parti Lebai menukar kenderaan rasmi kepada Mercedes setelah mendapat peruntukan dari bantuan Pusat untuk rakyat Ke----an. Ada juga seorang Menteri Besar Parti Lebai yang 'dibelikan Vellfire baru' untuk kegunaan MB (kemudiannya didakwa untuk kegunaan Syarikat Air) oleh Syarikat Air negeri yang sebenarnya mengalami kerugian. Peliknya Vellfire ini disembunyikan di sebuah rumah buruk dengan ditutup dengan kain

Impresi OAL : Agama, seperti contoh Parti Lebai mengutamakan kemewahan kepada pemimpin parti. Parti Lebai boleh bermuka-muka menunjukkan kononnya mereka faham tentang orang miskin tetapi ada citarasa tinggi dengan kemewahan. Mereka ada kapasiti hipokrit tahap dewa.

3. Presiden Parti Lebai diberikan jawatan bertaraf menteri ke Ti--r T---ah. Tetapi, tidak diketahui apa hasilnya dan apa yang diusahakan dengan gaji setinggi Menteri. Presiden Parti Lebai menerima jawatan ini tetapi tiada senarai tugas yang dapat dilihat. Apabila berlaku krisis seperti pembunuhan guru oleh puak se-agama di Perancis, tiada sepatah suara yang kedengaran dalam media bagi meredakan keadaan mahupun membetulkan fahaman yang salah. Isu Palestin, Syria dan Iran juga kosong untuk dicerap sebarang usaha dari beliau. 

Impresi OAL : Agama, seperti contoh Parti Lebai, tidak mengambilkira halal gaji yang diterima. Malah jawatan boleh dirasuah sebagai tukaran bagi sokongan kepada yang memberikan jawatan.

4. Presiden Parti Lebai apabila ditanya dalam sebarang rancangan soaljawab di kaca TV jawapannya sentiasa ke laut dan melalut. Tidak dijawab satu pun soalan dengan rasional.

Impresi OAL : Agama, seperti contoh Parti Lebai, tidak mementingkan elemen fikiran, rasionaliti dan intelek. 

5. Pemimpin Parti Lebai sebelum berkuasa berhempas pulas mahu kilang arak diharamkan tetapi apabila berkuasa berkata, arak adalah hak orang agama lain.  Mereka yang dulunya menuduh U--O kafir tiba-tiba boleh pula menerima U--O. 

Impresi OAL : Agama, seperti contoh Parti Lebai tidak mementingkan prinsip dan semuanya boleh diubah, termasuk hukum agama asal saja ada untung politik.

6. Pemimpin Parti Lebai (Menteri) yang pulang dari T--ki telah melanggar kuarantin malah didenda (dia membayarnya). Tetapi dolak daliknya apabila kes ini timbul menyerlahkan sifat hipokrit. Dia dilepaskan akhirnya bukan kerana melalui proses Undang-undang tetapi atas pilihan tidak diangkat kesnya ke mahkamah oleh Pendakwaraya (keputusan Kerajaan dan tentu anda dapat meneka sebabnya) 

Impresi OAL : Agama, seperti contoh Parti Lebai, tidak mementingkan integriti. Mereka boleh menipu dan tidak beramanah.

7. Pemimpin Parti Lebai di Ke----an menaikkan gaji exco antara RM3,000 hingga RM5,000 (dalam keadaan Ke----an tidak pun ada dana mencukupi untuk membayar kakitangan kerajaan Negeri dan perlu meminjam dari Pusat). Gaji dinaikkan dalam keadaan rakyat susah semasa pandemik Covid. Ini berbeza dengan potongan gaji 20% Menteri-menteri di New Zealand.

Impresi OAL : Agama, seperti contoh Parti Lebai, mengutamakan diri sendiri dari memahami kesusahan rakyat. Mereka juga tidak perlu bimbang dengan sokongan dan undi kerana rakyat yang mengundi mereka sudah di'bodoh'kan dengan menerima apa sahaja 'fatwa' yang mereka putuskan. Penyokong Parti Lebai diajar untuk tidak berfikir dan terima semuanya.

8. Seluruh dunia kini dapat melihat 'kehebatan' pemimpin Parti Lebai yang mendapat kuasa. Mereka akan berterus-terusan memastikan penyokong kekal bodoh kerana itu akan memudahkan untuk mereka berkuasa. Mereka akan memakai pakaian nampak seperti 'lembu suci' dan memetik beberapa ayat bahasa Arab. 

9. Malangnya, dalam mereka menunjukkan imej luaran yang kelihatan lembu suci, semua ini menjadi impresi orang agama lain (OAL) terhadap agama Parti Lebai.  Parti Lebai adalah satu papan iklan yang teramat buruk untuk agama. Parti Lebai memaparkan sifat-sifat syaitan, hipokrit, tidak berintegriti, mesra rasuah, mementingkan kemewahan diri, bermuka-muka, merendah-rendahkan orang lain sebagai kurang iman dan semua ini ada sifat munafiq tahap tertinggi yang dipandang oleh orang di seluruh dunia.

10. Pemimpin-pemimpin Parti Lebai sedikitpun tidak malu dan ini tidak dibantu oleh pengikut mereka yang sudah di'bodoh'kan dengan bungkusan 'lembu suci' sedangkan kandungannya 100% bukan suci.

11. Parti Lebai akan berterusan menggunakan modus operandi menjual agama berulangkali tidak kira betapa korup dan tidak berintegritinya mereka. Tidak ada pengisian intelek dan pengikut mereka akan berterus-terusan diajar untuk tidak berfikir dan 'menyangka' akan berakhir dengan syurga. Malangnya, dengan sifat-sifat mereka yang 'jauh dari ahli syurga' selain dari bungkusan luar yang mahu dilihatkan sebagai 'Iembu suci', jalan ke syurga melalui Parti Lebai hanyalah laluan yang menyesatkan.

12. Orang beriman yang sejati memakmurkan ilmu, membudayakan pemikiran, sangat empatik terhadap mereka yang lemah dan susah, penuh hikmah dan kasih sayang dan menunjukkan sifat integriti, amanah dan jujur. Semua sifat ini tidak ada dalam Parti Lebai?

Kerosakan imej terhadap agama yang dilakukan oleh Parti Lebai adalah teramat besar. Parti Lebai adalah satu tragedi besar terhadap agama dan memberikan impresi yang salah terhadap agama.

Parti Lebai sangat memalukan agama dan mereka akan disoal di akhirat kelak dan hukumannya tentu amat berat kerana kesannya teramat buruk. 

Dr Nazmi

My comments :

Saya pernah sebut banyak kali sebelum ini bahawa puak-puak lebai ini memang kuat kelentong. Bukan saja dalam negara kita tetapi di seluruh dunia. Dan mereka memang merosakkan imej agama yang suci. Yang kita mahu ialah untuk permata diasingkan daripada kaca. Dalam keadaan huru hara kita mencari suci dalam debu.   Tetapi apa yang kita melihat ialah debu dalam suci.

Kerakusan mereka, hawa nafsu mereka yang ganas, penipuan mereka dan lidah bercabang yang sedia mengumpat, memaki dan menghina kita atas nama agama seolah mereka menyimpan kunci syurga di bawah bantal tidur mereka. 

Sebenarnya mereka tidak berpelajaran (walaupun berijazah Omdurman atau Deoband atau apa pun).  Membaca buku dan mendapat sijil tidak bermaksud mereka itu educated. Atau beradab. Atau jujur dan boleh dipercayai. Jauh sekali. 

Tambah lagi mereka tidak tahu menahu apa pun untuk menangani pelbagai masalah dan realiti kehidupan di dunia ini.  Kepakaran mereka fokus kepada sesudah mati. Waktu sebelum mati bukan kepakaran mereka.

Siapa yang salah sebenarnya? Jawapan-nya mudah. Yang bersalah itu kita juga. Apabila kita rela diperbodohkan, maka bodoh-lah kita. Apabila kita rela ditakutkan maka mereka akan menakutkan kita. 

Rahsia mereka simple saja : mereka faham begitu mudahnya untuk perbodohkan orang. 

Omputih kata 'Fool me once shame on you. Fool me twice shame on me'.

Maksudnya kalau kita kena tipu kali pertama, salahnya letak kepada orang yang menipu kita tadi. Tetapi kalau kita kena tipu dua kali oleh orang yang sama, salahnya (atau kebodohannya) letak pada kita. 

Kita sudah tahu orang itu penipu. Dia sudah tipu kita.  Habis pasal apa kita pergi cari dia lagi? Dia pasti akan menipu kita sekali lagi.  

Akhir kalam - Seluruh dunia ketawakan kita. Setiap hari lakonan badut lawak puak lebai  ini menjadi bahan ketawa dan menghibur seluruh dunia. 

Dan dunia luar tidak ambil peduli pada kita. Mereka tidak pandang serious kepada kita. Mereka melihat kita seolah kita pelawak dan kebudak-budak-kan (childish). 

Sejak beratus tahun kita sudah jadi tidak relevan dalam dunia ini. Kita hanya boleh syok sendiri dengan orang yang sama bulu dengan kita. Kita perlu hidup dalam kepompong, serupa ulat.  Dengan orang yang sama bulu dengan kita.

Tetapi yang misteri sekali ialah : Tiada jaminan kita boleh masuk syurga. Duduk dalam kepompong-ke, jadi ulat bulu ke tidak ada jaminan kita boleh masuk syurga.

Parti Lebai tidak boleh cap sijil 'Confirm masuk syurga'.  No such thing.

Jadi baik-baiklah ok. Jangan pula nanti "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.