`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, November 14, 2021

Feri tersangkut tali pukat, 312 penumpang terkandas lebih 2 jam

 

Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd mendapatkan bantuan bot nelayan untuk menunda feri dari Langkawi itu ke Terminal Feri Kuala Perlis. (Gambar Ferry Line Ventures)

KUALA PERLIS: Seramai 312 penumpang feri dari Langkawi terkandas lebih dua jam di perairan Kuala Perlis, selepas kipas feri berkenaan tersangkut tali pukat yang dipasang nelayan di perairan itu.

Kejadian itu berlaku kira-kira 9 malam tadi, ketika feri berkenaan berada tidak jauh dari Terminal Feri Kuala Perlis, sebaik berlepas dari Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi pada 8 malam.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, pihaknya mendapatkan bantuan bot nelayan untuk menunda feri tersebut ke Terminal Feri Kuala Perlis.

“Konsortium telah memohon bantuan daripada penyelam pasukan bomba bagi memotong pukat yang tersangkut pada ‘propeller’ (kipas) feri,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Baharin berkata, pihaknya turut menasihatkan nelayan supaya tidak memasang pukat di laluan feri bagi mengelakkan kejadian sama berulang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.