`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, November 16, 2021

Ikut PH, naikkan gaji minimum, Kula beritahu Saravanan

 

M Kula Segaran berkata, kerajaan perlu menaikkan kadar gaji minimum dan bukannya menunggu keputusan daripada Majlis Perundingan Gaji Negara.

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang menggesa kerajaan untuk menaikkan kadar gaji minimum dan bukannya menunggu keputusan daripada Majlis Perundingan Gaji Negara.

M Kula Segaran (PH-Ipoh Barat) berkata kerajaan harus mengikut apa yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) dengan melaksanakan kenaikan gaji tahunan sebanyak RM100 setahun.

“Jika PH masih berkuasa hari ini, kadar gaji minimum mungkin menjadi RM1,400,” kata bekas Menteri Sumber Manusia itu kepada M Saravanan ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan di Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab perkara itu, Saravanan berkata walaupun beliau secara peribadinya bersetuju dengan saranan Kula namun kerajaan perlu menilai cadangan terbabit secara terperinci menerusi Jawatankuasa Teknikal Perundangan Gaji Negara.

Beliau turut mengkritik PH mengenai pendiriannya dalam isu gaji minimum ketika ia masih mentadbir kerajaan.

“Ketika mereka (PH) berkuasa, mereka menjanjikan gaji minimum RM1,500. Kemudian mereka memusing kenyataan dengan berkata hanya menjanjikan kenaikan RM100 setahun bagi tempoh lima tahun,” katanya.

Kula mencelah sambil berkata pentadbiran PH hanya menjanjikan kenaikan RM100 setahun.

Kadar gaji minimum di Malaysia ketika ini adalah RM1,200. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.