`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, November 12, 2021

Imam maut dirempuh kereta dalam pekarangan surau

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Azman Shariat, berkata imam pertama yang memandu Perodua Myvi itu panik selepas terlanggar bahagian belakang kenderaan lalu hilang kawalan.

PETALING JAYA: Seorang imam maut, manakala seorang jemaah cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta dipandu imam lain dalam kejadian di surau, di Taman Kajang Jaya, Kajang.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, semalam, mangsa yang maut adalah iman kedua di surau berkenaan dikenali sebagai Haji Hatim, 78, dengan seorang jemaah dikenali sebagai Muhammad, 76, pula cedera pada lutut sebelah kanan dan pergelangan kaki kiri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Azman Shariat, berkata ketiga-tiga mereka baru selesai menunaikan solat Subuh dan mahu pulang ke rumah masing-masing di Taman Kajang Jaya.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas imam pertama yang memandu Perodua Myvi sedang mengundurkan kenderaan di pekarangan surau dan secara tiba-tiba telah terlanggar bahagian belakang kenderaan lain.

“Rempuhan itu menyebabkan dia jadi panik dan kenderaan yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh kedua-dua mangsa (imam kedua dan jemaah) yang sedang berada di pekarangan surau itu,” katanya menurut laporan Kosmo.

Katanya, imam kedua itu disahkan meninggal di tempat kejadian manakala jemaah yang cedera pula dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans.

Pemandu kenderaan yang juga imam pertama, Wan Johari, 76, tidak mengalami sebarang kecederaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.