`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, November 13, 2021

Jangan lalai patuh SOP, elak terus dibelenggu Covid-19, kata PM

 

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, berkata berbanding tahun lalu, sambutan perayaan Deepavali tahun ini lebih meriah dalam suasana norma baharu.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan rakyat Malaysia tidak lalai dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak negara terus dibelenggu pandemik Covid-19.

Beliau berkata, rakyat jangan sesekali bersikap sambil lewa atau memandang enteng terhadap ancaman Covid-19.

“Syabas dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan, kepercayaan dan keyakinan penuh mereka kepada kerajaan untuk memulihkan negara dalam masa yang sangat mencabar ini.

“Bagaimanapun, dalam kegembiraan menyambut perayaan ini, kita harus terus patuh kepada SOP. Jika kita lalai, pandemik ini akan terus membelenggu dan menyekat kebebasan kita,” katanya ketika berucap Sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Deepavali 2021 di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC).

Dalam pada itu, Ismail berkata, berbanding pada tahun lalu, perayaan Deepavali tahun ini disambut lebih meriah dalam suasana norma baharu.

Beliau berkata, ramai juga yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman bertemu sanak saudara selepas kerajaan membenarkan rentas negeri pada 11 Okt lalu.

“Ini adalah hasil kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang membolehkan rakyat menikmati kelonggaran di sektor ekonomi dan sosial secara berperingkat setelah tahap vaksinasi golongan dewasa mencapai 95.1% sehingga semalam.

“Kerjasama erat semua pihak, termasuk antara kerajaan dan rakyat juga telah memungkinkan perhimpunan seperti ini diadakan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.