`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, November 19, 2021

Kepada Pengundi Melaka : Mereka Tidak Sebut Pun Nasib Orang Melaka - Itulah Rahsianya

 Tuan-Tuan sejak beberapa hari ini saya dok ulang saya akan ceritakan satu rahsia berkenaan PRN Melaka.  Hari ini (19 Nov 2021) adalah hari terakhir bagi semua parti politik berkempen. Esok 20hb Nov adalah hari mengundi di Melaka.

Sejak lebih dua minggu yang sudah saya telah salin tajuk-tajuk berita berkenaan PRN Melaka dan kenyataan yang dibuat  oleh parti politik yang sedang berkempen.

Yang berikut ini adalah koleksi sembilan (9) tajuk berita berkaitan dengan PRN Melaka. 


Ada banyak tajuk berita lagi tetapi yang ini pun sudah cukuplah. 

Apa yang saya sudah lama faham ialah orang politik ini jarang atau langsung tidak sebut isu-isu yang berkaitan dengan penduduk negeri Melaka. Tuan-Tuan boleh baca sendiri tajuk-tajuk berita di atas.

Mereka semua hanya setakat 'aku mengata kau, kau mengata aku, kau jahat aku baik'. Itu saja.  Tidak ada seorang pun daripada mereka menceritakan berkenaan keperluan, kekurangan, keinginan dan cita-cita orang Melaka.

Melaka adalah antara negeri pelancungan yang utama di Malaysia.  Tidak ada seorang pun daripada ahli politik ini menyebut berkenaan pelancungan di negeri Melaka, kesan Covid 19 terhadap industri pelancongan,  apakah penyelesaian yang boleh dicuba, apakah sumbangan mereka untuk memulihkan pelancongan di Melaka dsbnya. Langsung tak ada.

Walaupun negeri kecil, Melaka juga mempunyai industri pertanian termasuk menanam padi. Apakah masa depan penanam padi di Melaka? Apakah tanah sawah boleh dipulihkan dengan pertanian atau industri lain? 

Dan gajah saiz dinosaur di Melaka ialah projek Melaka Gateway. Suka tak suka, setuju tak setuju projek itu memang satu projek bertaraf 'world class' jika ia dilaksanakan dengan cepat dan betul.  Wajah dan rupa Melaka yang sudah sangat berubah sejak pentadbiran Tun Ali Rustam boleh maju jauh ke depan lagi dengan projek Melaka Gateway itu. Ia adalah satu peluang yang sangat besar yang bakal menguntungkan semua penduduk negeri Melaka. 

Kerajaan Melaka tumbang disebabkan tamak dan rebut-merebut  konsesi berkaitan projek itu juga. Tetapi tiada siapa pun bangkitkan isu projek yang besar ini.

Saudara Zaharin Yasin telah pun sebut daripada lebih awal lagi bahawa dalam kempen untuk PRN Melaka ini tiada siapa pun pemimpin parti politik bangkitkan isu yang berkaitan dengan nasib dan kebajikan orang Melaka.  Sebaliknya apa yang kita baca ialah seperti mana Ayah Rani Kulup sebut 'kau mengata aku, aku mengata kau'. Itu sahaja.

Cuma calon Bebas Tanjong Bidara, gadis berusia 21 tahun itu dan juga seorang calon lelaki India telah sebut mereka akan perbaiki talian Online di Melaka terutama sekali untuk membantu pelajar yang belajar secara talian Online. 

Semalam pula Tan Sri Muhyiddin kata guru KAFA dan guru mengaji di Melaka akan dapat elaun khas RM200 KALAU PN menang di Melaka !!  Janji suap tetapi rupanya suapan belum masuk ke dalam mulut. 

Jadi Tuan-Tuan pengundi Melaka, saya tak nampak apa yang kesemua orang politik ini inginkan bagi Tuan-Tuan selain daripada mereka hendak pegang kuasa dan main AGIH-AGIH kekayaan negeri Melaka antara puak-puak mereka. Itu saja yang saya nampak.

Pada pagi esok, Sabtu 20 November, mereka cuma perlu Tuan-Tuan bagi undi kepada mereka. Lusa pula mereka akan hilang. Lesap macam jin botol. Tuan-Tuan pula akan kembali ke rumah masing-masing, boleh duduk dan melihat rumput tumbuh didepan rumah.  Kalau hujan turun, Tuan-Tuan boleh perhatikan macam mana hujan jatuh dari langit. Itu saja. Nasib Tuan-Tuan tidak akan berubah sangat-lah.

Ini ada soalan cepu mas untuk renungan Tuan-Tuan di Melaka. Apakah keadaan dan kedudukan nasib Tuan-Tuan pada tahun 2018 (PRU 14)? Sekarang sudah 2021 pula. Macam mana pula keadaan dan kedudukan nasib Tuan-Tuan pada hari ini?

Ada beza tak? Apakah ianya lebih baik, lebih kurang sama saja atau ianya lebih buruk ?

Fikir baik-baik Tuan-Tuan. Percayalah dalam diri kita dan percayalah kepada Allah swt. Jangan bagi undi anda kepada sesiapa pun tanpa memikir keadaan Tuan-Tuan dahulu.

Pecahkan undi Tuan-Tuan. Jangan bagi sesiapa pun menang besar.  

Mereka perlu faham bahawa yang menjadi Tuan sebenarnya adalah kita - rakyat marhaen.    Kalau orang politik tak tahu jaga kita, its ok. Jangan takut. 

Kita Jaga Kita dulu. 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.