`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, November 18, 2021

Kisah Chopsticks : Muallaf Baru Tegur Muallaf Lama

 Selasa lalu (16 November 2021) terkeluar berita seorang muallaf China ditegur oleh orang (yang tidak disebut nama mereka) atas sebab muallaf China itu makan dengan menggunakan chopstick.  Ini sebahagian beritanya :






Sila lihat beberapa gambar berikut yang menunjukkan orang Islam di China dan juga di Kyrgyzstan sedang makan dengan menggunakan chopstick.
 


Gambar atas : Orang Islam Kyrgyzstan  makan menggunakan chopstick
Bawah :  Wanita Islam Uyghur di China makan guna chopstick



Bawah : Makan dengan gunakan chopstick 
di sebuah restoran Uyghur Islam di China  



Islam sudah lama bertapak di negeri China, ia itu sejak abad ke-7 Masihi. Contohnya yang berikut ini adalah gambar Masjid Huaisheng di Canton (Guangzhou) ia itu sebuah masjid yang tertua di negeri China. 


"Old Chinese Muslim manuscripts say the mosque was built in AD 627. Scholars agree that the first Muslims must have arrived to China within the 7th century, and major trade centers, such as Guangzhou, Quanzhou, and Yangzhou already had their first mosques built during the Tang Dynasty.  In 1349, Ramadan ibn Alauddin, the first named Korean Muslim, was buried in the mosque cemetery.

Jadi Masjid Huaisheng ini telah dibina sekitar 627 Masihi atau 5 Hijri. Baginda Rasulullah meninggal pada 632 Masihi.  Maksudnya Masjid Huaisheng ini telah dibina dalam hayat Baginda Rasul. 

Yang berikut pula antara dua masjid yang tertua sekali di India. Yang gambar bawah ini menunjukkan Masjid Jumaa Cheraman di Kerala, India yang telah dibina sekitar 629 Masihi atau 7 Hijri. Juga dibina dalam hayat Baginda Rasulullah. 


Yang berikut pula  Palaiya Jumaa Palli atau Old Jumaa Mosque di Kilakarai di Tamil Nadu, India. Masjid ini dipercayai dibina sekitar 628 - 630 Masihi atau 6 - 8 Hijri. Juga dalam hayat Baginda Rasulullah.

Old Jumma Masjid of Kilakarai is an ancient mosque in India and the fourth-oldest mosque of the world located in Kilakarai village in the southern Indian state of Tamil Nadu. The mosque is also popularly referred to as 'Meen Kada Palli' or 'Palaiya Jumma Palli'. The Jumma Masjid of Kilakarai represents the glory of Islamic heritage dating back to over 1000 years and it was constructed during 628 to 630 AD.

Berbanding di Tanah Semenanjung pula pada zaman yang sama ia itu abad ke-7 Masihi (7th century AD) empayar yang berkuasa adalah Sri Vijaya. Sri Vijaya adalah empayar Buddha-Hindu  yang berpengkalan di Sumatera (Palembang). 

Pada tahun 1025 Masihi, Rajendra Chola I, seorang raja Hindu bangsa Tamil daripada Empayar Chola di Tamil Nadu, India  telah menewaskan Empayar Sri Vijaya dan merampas Tanah Semenanjung, Sumatera dan kawasan lain untuk di jajah oleh Empayar Chola.



Islam pula akan tiba di Tanah Semenanjung dan kawasan sekitar kita antara abad 13 - 14 Masihi, ia itu hampir 600 tahun sesudah pembinaan Masjid Huaisheng, Masjid Cheraman di Kerala dan Masjid Jumaa di Tamil Nadu.

"The Arrival of Islam in Malaysia  -  It is believed that Islam first arrived in Malaysia sometime between the 13th and the 14th century AD, via Arab and Indian-Muslim traders."

Di negeri Kedah, Raja Phra Ong Mahawangsa (beragama Buddha) telah memeluk Islam dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Ahli sejarah British, Richard Winstedt merujuk catitan orang Aceh yang sebut  bahawa Raja Phra Ong telah memeluk Islam pada abad ke-15 (ia itu tahun 1474 Masihi). 

Sedikit sejarah untuk renungan.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.