`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 21, 2021

PAS, kembalilah ke pangkal ummah, kata Puad

 

Puad menggesa PAS kembali kepada Muafakat Nasional, perjuangan peyatuan ummah yang diasaskan pada akhir 2019 bersama Umno. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kekalahan di pilihan raya negeri (PRN) Melaka perlu dijadikan pengajaran kepada PAS agar parti itu “mencari” sahabat politik, bukan hanya sekadar rakan kongsi politik, kata seorang pemimpin Umno.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi berkata PAS perlu sedar sikap Bersatu yang hanya fikirkan keuntungan.

“Bila rugi, dia akan lari tinggalkan rakan kongsi.

“Sepatutnya Umno-PAS bersahabat. Muhyiddin kata, Bersatu masih untung kerana menang dua. Itu sindir PAS ke yang dapat 0?,” katanya di Facebook.

Dengan kekalahan di PRN Melaka semalam, Puad menggesa PAS kembali kepada Muafakat Nasional, perjuangan penyatuan ummah yang diasaskan pada akhir 2019 bersama Umno.

“PAS, kembalilah ke pangkal Ummah,” katanya yang turut bersetuju dengan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bahawa PAS perlu muhasabah selepas gagal menawan mana-mana kerusi di Melaka.

Dalam catatan di Facebook semalam, Ahli Parlimen Bachok itu mengucapkan tahniah ke atas Barisan Nasional (BN) yang berjaya membentuk kerajaan di Melaka.

Nik Abduh turut mengucapkan takziah kepada partinya yang tewas di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.

“Tahniah Melaka. Dari Pulau Melaka. Tahniah BN. Daripada rakan MN. Takziah PAS. Daripada PAS.

“BN, benar-benarlah bersyukur. Bertambahlah lagi. PAS, benar-benarlah bermuhasabah. Bertambahlah istiqamah,” katanya.

Perikatan Nasional, gabungan Bersatu, PAS dan Gerakan dalam PRN Melaka bertanding di semua 28 kerusi, hanya menang dua DUN iaitu Bemban dan Sungai Udang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.