`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 21, 2021

Pekerja cedera, pemandu dipercayai mabuk rempuh kedai

 

Anggota bomba memberi bantuan kepada mangsa. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Seorang pekerja kedai perabot parah selepas premis berkenaan dirempuh seorang pemandu yang dipercayai mabuk.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, dalam kejadian jam 6 petang di Jalan Kampung Pasir, Ampang Jaya itu, pemandu kereta terbabit hanya mengalami cedera ringan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.15 petang.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Preve dipandu lelaki berusia 36 tahun merempuh kedai berkenaan.

“Ketika kejadian terdapat seorang pekerja di kedai berkenaan dan kini berada dalam keadaan parah akibat rempuhan itu,” katanya dalam kenyataan seperti dipetik Harian Metro.

Menurutnya, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) memberi bantuan awal kepada mangsa yang berusia 20-an itu sebelum dia dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

“Mangsa didapati tidak sedarkan diri. Rempuhan itu turut mengakibatkan struktur kedai rosak,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.