`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, November 11, 2021

Permohonan baharu daftar OKU dengan JKM rendah, kata Rina

 

PETALING JAYA: Jumlah permohonan baharu Orang Kelainan Upaya (OKU) masih rendah biarpun seramai 583,427 telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga 31 Oktober lalu, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun.

Beliau berkata JKM telah melakukan inisiatif bagi meningkatkan pendaftaran iaitu dengan memperkenalkan MyDaftar OKU.

Sejak dilancarkan 27 Oktober lalu, sebanyak 4,932 permohonan baharu OKU diterima.

“MyDaftar OKU ini selari dengan Teras Strategik Lapan Pelan Tindakan OKU 2016-2022 yang menggariskan mengenai kewujudan pangkalan data golongan berkenaan dan sistem maklumat yang komprehensif,” katanya kepada Dewan Rakyat, menjawab Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) berkenaan sejauh mana MyDaftar menyumbang kepada peningkatan pendaftaran OKU.

Rina Harun.

Rina berkata pendaftaran OKU secara digital itu bertujuan memudahkan mereka mengisi borang permohonan pendaftaran OKU dan melakukan pengesahan ketidakupayaan dengan menggunakan Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU).

Kad OKU diperolehi dalam tempoh 24 jam secara dalam talian selepas diluluskan, tanpa perlu menunggu penghantaran secara fizikal seperti sebelum ini.

“MyDaftar OKU ini lebih mesra OKU kerana boleh disimpan di dalam telefon saja dan memudahkan OKU dari segi penggunaan semua kemudahan yang mengaplikasi Kod QR.

“Kementerian optimis inisiatif MyDaftar OKU ini dapat dilaksanakan sebagai salah satu ‘Quick Win’ yang berimpak tinggi dan akan menyumbang kepada peningkatan pendaftaran OKU,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.