`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, November 15, 2021

PH ‘promosi’ ideologi komunis, AJK PAS Pusat beritahu pengundi Melaka

 

Kamaruzaman Mohamad berkata, PH tidak boleh diberikan mandat untuk berkuasa semula kerana rekod lampaunya yang teruk.(Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad membuat kejutan apabila mendakwa Pakatan Harapan (PH) membawa ideologi komunis dan tidak harus diberi mandat untuk kembali berkuasa.

Beliau berkata, pengundi di Melaka harus menolak gabungan pembangkang itu atas rekod lalunya seperti mahu meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan “mempromosi” ideologi komunis.

“Statut Rom, ICERD, ideologi komunis…dosa besar (PH) yang tidak boleh dimaafkan.

“Kita begitu terkesan dengan keganasan komunis, tiba-tiba PH promosi ideologi komunis sebagai perjuangan negara. Ini jenayah besar,” katanya pada ceramah Perikatan Nasional (PN) malam tadi di Melaka.

Ceramah itu disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook PAS.

Pilihan raya negeri Melaka akan diadakan pada 20 Nov ini. PAS bertanding atas tiket PN dan terbabit dalam saingan pelbagai penjuru dengan PH dan Umno-Barisan Nasional.

PH menggabungkan PKR, Amanah dan DAP yang kerap disifatkan oleh pemimpin PAS sebagai parti pelampau, sungguhpun mereka pernah bekerjasama di bawah payung Pakatan Rakyat sebelum ini.

Dalam pada itu, Kamaruzaman juga mendakwa apabila PH memerintah Putrajaya selepas memenangi pilihan raya umum lalu, banyak kes mahkamah berprofil tinggi juga telah ditutup.

“Terbentang satu pilihan jelas dengan PH yang mempunyai “track record” teruk.

“PAS pernah berkawan dengan DAP, PKR dan kami kenal siapa DAP dan PKR. Dengan Umno kita pernah berkawan dan belum putus lagi dengan Umno,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.