`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 10, 2021

UiTM tidak halang mahasiswa jadi calon PRN Melaka, kata Naib Canselor

 

Naib Canselor UiTM Roziah Mohd Janor berkata, Akta 173 UiTM membenarkan mahasiswa universiti itu berpolitik atau menjadi calon parti politik. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak menghalang mana-mana mahasiswanya untuk menjadi calon yang bertanding dalam pilihan raya kerana ia tidak berlawanan dengan akta universiti itu.

Naib Canselor UiTM Roziah Mohd Janor berkata semakan yang dilakukan oleh pihaknya mendapati Akta 173 UiTM membenarkan mahasiswa universiti itu berpolitik atau menjadi calon parti politik.

“Sebelum ini, sebagai contoh Akta 605 UiTM tidak membenarkan kakitangan UiTM untuk terlibat dalam politik tetapi sejak dua tahun lepas, akta tersebut telah diperbaiki dan dimurnikan… jadi, kita ikutlah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penglibatan mahasiswi UiTM Farzana Hayani Mohd Nasir yang menjadi calon termuda Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan akan bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai.

Roziah juga berkata Farzana Hayani merupakan mahasiswi pertama dari UiTM yang terlibat sebagai calon dalam pilihan raya.

Ketua Srikandi Keadilan Melaka berusia 21 tahun itu merupakan antara calon wanita muda yang dipertaruh oleh Pakatan Harapan pada PRN Melaka.

Farzana Hayani merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda di UiTM Shah Alam serta lulusan Diploma Komunikasi dan Pengajian Media dari universiti sama. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.