`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, November 22, 2021

Undang-undang lompat parti dibentang sebelum Jul 2022, kata Wan Junaidi

 

Menteri Undang-Undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga berkata Suruhanjaya Pilihan Raya sedang merangka prosedur operasi standard untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak kelak, dan menyifatkannya persediaannya lebih teratur berbanding Melaka.

KUALA LUMPUR: Undang-undang lompat parti akan dibentangkan di Parlimen sebelum Julai 2022, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Mengulas perkara itu, proses berkenaan sedang berjalan dan beliau memberi komitmen ia akan dibentangkan sebelum tarikh itu kerana penelitian terperinci masih perlu dibuat terlebih dahulu.Wan Junaidi berkata proses berkenaan sedang berjalan dan beliau memberi komitmen ia akan dibentangkan sebelum tarikh itu kerana penelitian terperinci masih perlu dibuat terlebih dahulu.

“Saya setuju undang-undang ini digubal. Kalau saya masih duduk di sini lagi (sebagai Menteri Undang-undang) saya jamin akan dibentang sebelum Julai 2022 di dewan ini.

“Kita tak boleh gopoh untuk bentang, kita kena lihat pandangan semua pihak,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) di Dewan Rakyat.

Sementara itu, beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) untuk dilaksanakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kelak.

Katanya, pelaksanaan SOP pilihan raya untuk dilaksanakan di Sarawak berbeza dengan apa yang diguna pakai ketika PRN Melaka, baru-baru ini.

Bagaimanapun beliau berkata SOP yang telah diguna di PRN Melaka akan dijadikan panduan untuk ditambah baik sebelum dimuktamadkan untuk digunakan di Sarawak.

Beliau berkata, keadaan di dua negeri itu berbeza memandangkan Melaka yang kini dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) selain akses ke situ mudah. Sarawak pula yang berada dalam Fasa 3 PPN “berdiri sendirian” dengan hanya berdekatan dengan Indonesia, Brunei serta Sabah.

Sehubungan itu, katanya, SPR sedang merangka SOP untuk PRN Sarawak. Selain itu, negeri itu juga akan membincangkan perkara sama dengan pihak berkaitan termasuk Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara untuk disesuaikan berdasarkan undang-undangnya tersendiri berkaitan Covid-19.

Beliau berkata, pihaknya juga telah mengadakan perbincangan dengan SPR di Sarawak bulan lalu dan agensi itu nyata bersedia melaksanakan PRN.

“Mereka menunjukkan sikap lebih jauh lebih bersedia. Saya faham ini kerana Pengerusi SPR Sarawak ada pengalaman luas kendali PRN.

“Lagipun ura-ura PRN Sarawak lama diperkatakan, (cuma) tak boleh dilaksanakan kerana darurat, maka sebab itu persediaan Sarawak jauh lebih teratur berbanding apa yang berlaku di Melaka,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.