Tuan-Tuan dan Puan-Puan pengundi di Melaka, saya ada sedikit utusan khas bagi pengundi negeri Melaka. PRN Melaka akan diadakan pada 20hb November, 2021. Tinggal lima hari lagi.
Tetapi saya akan sebut perkara itu dua atau tiga hari sebelum 20hb November. Itulah 'rahsia besar' yang saya sebut tempoh hari. Tetapi ada juga seorang penganalisa lain yang telah pun sebut apa yang saya ingin sebut. Maksudnya rahsia saya pun bukan rahsia lagi lah.
Tetapi daripada mengikuti laporan dan berita berkenaan PRN Negeri Melaka setakat ini perkara yang saya ingin sebut itu masih kekal. Masih relevan.
Sebelum itu jangan lupa
Jika dalam satu keluarga atau dalam satu rumah (yang mengundi di tempat yang sama) terdapat dua atau tiga pengundi maka janganlah semua orang undi parti yang sama.
Pecahkan undi anda. Bahagikan undi anda antara dua atau tiga parti yang lain-lain dalam kawasan itu. Jangan bagi mana-mana parti politik pun menang besar.
Kalau dia menang besar dia akan kencing besar atas kepala kita.
Parti politik, ahli politik dan pemimpin politik serupa dengan ular, lintah, lipas dan anjing. Jangan bagi muka sangat kepada kaum ini. Jangan bagi ruang kepada mereka untuk terus kencingkan kita.
Kita Jaga Kita. Kita yang pegang kuasa. Bukan pemimpin politik. Pemimpin politik tahu cari makan, naik kereta mewah Vellfire, makan gaji besar, pegang jawatan lumayan - semuanya untuk makan duit kita. Duit rakyat.
Jangan lupa Tuan-Tuan : Pecahkan Undi Anda.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.