`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 2, 2022

Tasik Cermin dibuka semula kepada pengunjung 15 Jan ini

 

Tasik Cermin berada di bawah pengurusan Geopark Lembah Kinta dan orang ramai tidak dibenarkan mandi-manda di kawasan itu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Tasik Cermin di Ipoh, Perak, yang ditutup bulan lalu, akan dibuka semula mulai 15 Jan ini.

Ia selepas Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dilaporkan berpuas hati dengan hasil siasatan insiden seorang lelaki terjun ke dalam tasik terbabit baru-baru ini.

Datuk Bandar Ipoh Rumaizi Baharin berkata tasik yang sering menjadi tumpuan pelancong kerana keindahan alam semula jadinya itu, bakal beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.

“Bagaimanapun, pihak MBI berharap kejadian seumpama itu tidak berulang pada masa akan datang.

“MBI berharap pembukaan semula operasi Tasik Cermin akan merancakkan lagi sektor pelancongan dan menjadi antara produk pelancongan utama di bandaraya Ipoh,” katanya, menurut laporan Bernama.

Pada 13 Dis, Tasik Cermin ditutup kepada orang ramai bagai memberi peluang kepada siasatan kes video tular menunjukkan seorang lelaki terjun ke dalam tasik itu.

Tasik Cermin berada di bawah pengurusan Geopark Lembah Kinta dan orang ramai tidak dibenarkan mandi-manda di kawasan itu.

Video berdurasi 15 saat yang memaparkan seorang lelaki berpakaian serba hitam terjun ke dalam tasik itu tular di aplikasi TikTok.

Tasik Cermin juga pernah ditutup kepada pengunjung pada Mac tahun lepas atas faktor keselamatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.