`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, February 3, 2022

Insiden bot bertembung: Seorang mangsa masih dirawat di HSNZ Terengganu

 

Dalam kejadian 3.30 petang Isnin lalu, bot pelancong dari Pulau Perhentian yang membawa 29 penumpang dilaporkan berlanggar dengan sebuah bot yang dinaiki tiga nelayan di kawasan muara Sungai Besut, Terengganu. (Gambar Facebook)

KUALA TERENGGANU: Hanya seorang mangsa insiden pelanggaran bot pelancong dengan sebuah bot nelayan masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Kasemani Embong berkata, individu tersebut bagaimanapun menunjukkan perkembangan kesihatan yang semakin baik, boleh bernafas sendiri dengan bantuan mesin oksigen dan kini berada di wad biasa.

“Enam lagi pesakit dibenarkan pulang ke rumah setelah kita berpuas hati dengan tahap kesihatan mereka. Empat orang dibenarkan keluar dari wad HSNZ semalam dan dua orang lagi pada hari ini.

“Semua mereka akan menjalani pemeriksaan susulan di klinik kesihatan berdekatan sekiranya perlu untuk memastikan kesihatan yang optimum,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada petang Isnin lepas, sebuah bot pelancong berlanggar dengan sebuah bot nelayan di muara Sungai Besut berhampiran Jeti Pelancongan Kuala Besut.

Akibat pelanggaran itu, 29 penumpang serta dua kru bot pelancong serta tiga nelayan jatuh ke dalam air, namun berjaya diselamatkan oleh anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta orang awam.

Semua penumpang yang cedera menerima rawatan awal di Klinik Kesihatan Kuala Besut dan Hospital Besut manakala tujuh lagi dihantar ke HSNZ untuk rawatan lanjut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.