`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 2, 2022

PRN Johor: Landskap politik berbeza, BN tak ikut acuan Melaka sepenuhnya, kata Zahid

 

Ahmad Zahid Hamidi berkata BN yang akan bertanding di semua 56 kerusi DUN akan menampilkan calon boleh menang, disukai dan diterima pengundi di kawasan ditandingi pada PRN Johor. (Gambar Bernama)

BAGAN DATUK: Barisan Nasional (BN) tidak akan mengikut sepenuhnya acuan pilihan raya negeri (PRN) Melaka termasuk formula pemilihan calon untuk menghadapi PRN Johor, kata Pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi.

“Di Melaka muka baharu (calon) adalah 87% dan berkelulusan tinggi lebih daripada 84% manakala yang berumur 50 tahun ke bawah lebih 82% tetapi acuan ini tidak akan digunakan di Johor kerana landskap politiknya berbeza,” katanya.

Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pemegang amanah dan waris lot tanah Hutan Melintang di Kompleks Umno Bagan Datuk di Sungai Sumun di sini hari ini.

Menurut Zahid, BN yang akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menampilkan calon boleh menang, disukai dan diterima pengundi di kawasan ditandingi pada PRN Johor.

“Bagi calon daripada Umno saya telah meminta Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor (Hasni Mohammad) berunding dengan kesemua Ketua Umno Bahagian untuk menentukan sebarang calon,” katanya yang juga Presiden Umno.

Mengenai agihan kerusi dalam kalangan parti komponen BN, Zahid berkata Umno, MCA dan MIC mempunyai panduan mengenai perkara itu namun kerusi yang dahulunya ditandingi Gerakan (pada pilihan raya umum ke-14) akan diambil alih semula sesama komponen BN.

PRN Johor diadakan apabila DUN dibubarkan selepas diperkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar setelah baginda menerima menghadap Hasni di Istana Bukit Serene, Johor pada 22 Jan lepas.

Pilihan raya itu diadakan ekoran kedudukan kerajaan pimpinan Hasni hanya memiliki kelebihan satu kerusi apabila blok kerajaan menguasai 28 DUN manakala Pakatan Harapan pula 27 kerusi daripada 56 DUN. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.