`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, April 9, 2022

Baiki perkhidmatan, keselamatan pelancong tanggungjawab pengusaha, kata Nancy

 

Nancy Shukri (bertudung merah) melawat ‘Polyhedron Pavilion’ yang dihasilkan Allahyarham Noah Iskandar Fuad selepas merasmikan KUL Art Airport di KLIA hari ini.

SEPANG: Pengusaha pelancongan perlu mengambil pengajaran daripada kejadian empat penyelam warga asing hilang di Johor dan segera memperbaiki perkhidmatan mereka, khasnya membabitkan keselamatan pelancong, kata Nancy Shukri.

Menteri pelancongan, seni dan budaya itu berkata, pengusaha bertanggungjawab memastikan keselamatan setiap pelancong.

“Apa yang berlaku diharap menjadi pengajaran kepada pengusaha pelancongan. Kelemahan perlu diperbaiki kerana menjadi tanggungjawab (pengusaha).

“Jadi, saya harap mereka perbaiki tahap keselamatan,” katanya selepas merasmikan KUL Art Airport di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dalam kejadian tengah hari Rabu lalu, empat penyelam warga asing dilaporkan hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman di Mersing.

Jurulatih selam warga Norway, Kristine Grodem, 35, ditemui selamat Khamis lalu dan kini dalam keadaan stabil, manakala warga Britain, Adrian Peter, 46, serta warga Perancis, Alexia Alexandra,18, dijumpai selamat kira-kira 1 pagi tadi.

Penyelam remaja warga Belanda, Nathen Renze Chesters, 14, disahkan meninggal dunia oleh bapanya Adrian kerana tidak dapat bertahan akibat terlalu lemah.

Pelitup muka bukan perubatan

Nancy berkata, pihaknya akan berbincang dengan kementerian berkaitan berhubung kriteria pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan pengusaha kraf jenis batik bagi mendapat kelulusan Sirim bermula Januari 2023.

“Kita galakkan mereka (pengusaha kraf) buat batik dan pelitup muka dengan mematuhi apa ditetapkan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), tapisan dua, tiga lapis,” katanya sambil menambah pihaknya akan memaklumkan garis panduan diperlukan untuk memastikan pelitup muka batik memenuhi kriteria Sirim.

Dalam perkembangan lain, Nancy berkata, lebih 250,000 pelancong tiba di negara ini sejak sempadan negara dibuka 1 April lalu hingga Isnin lalu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.