`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, April 9, 2022

Takut diboikot, peniaga sanggup didenda daripada dedah nama pemborong

 

Peniaga dan pemborong bimbang diboikot sehingga tidak mendapat bekalan ayam segar, jika mereka mendedahkan nama pembekal.

PETALING JAYA: Sebilangan peniaga ayam di Terengganu lebih rela membayar denda kerana menjual barang kawalan itu melebihi harga siling ditetapkan kerajaan berbanding mendedahkan nama pemborong bekalan kerana bimbang diboikot.

Beberapa peniaga mengakui bimbang dengan risiko diboikot sehingga tidak mendapat bekalan ayam, sekiranya mendedahkan nama pemborong.

Seorang peniaga ayam, Saiful Ngah, 47, sebaliknya menggesa kerajaan turut mengambil tindakan tegas terhadap penternak di peringkat ladang, bukannya hanya pemborong dan peniaga.

“Kami bertekad enggan mendedahkan nama pembekal, termasuk tidak menunjukkan resit pembelian kerana ia seolah-olah menjerat diri.

“Walaupun bakal berdepan tindakan kerana menjual ayam segar melebihi RM8.90 sekilogram yang ditetapkan kerajaan, kami tetap tidak akan mendedahkan nama pembekal,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Seorang pemborong ayam segar yang hanya mahu dikenali sebagai Pok Lang, mendakwa ayam hidup di peringkat ladang dijual pada harga RM6.80 sekilogram, lebih tinggi daripada RM5.60 sekilogram yang ditetapkan.

Beliau mendakwa penternak memberi alasan terpaksa menaikkan harga ayam hidup akibat peningkatan kos makanan haiwan berkenaan.

“Kami mengaku terpaksa menjual ayam sudah diproses kepada peniaga antara RM8.50 hingga RM8.70 sekilogram, selepas menolak kos pengangkutan dan kerja pembersihan. Kami terpaksa mengambil bekalan ayam hidup di Segamat, Johor dan Kuantan, Pahang setiap hari.”

Pok Lang bagaimanapun tidak menyalahkan petugas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang menjalankan penguatkuasaan, tetapi mendesak kerajaan menyiasat harga jualan ayam hidup di peringkat ladang.

“Kami juga bertekad tidak akan mendedahkan nama dan syarikat pembekal kepada KPDNHEP, walaupun bakal dikenakan tindakan kerana menjual ayam peringkat borong melebihi RM7.60 sekilogram yang ditetapkan.

“Pengalaman apabila pembekal enggan menghantar stok kerana mendedahkan nama syarikatnya lebih 10 tahun lalu cukup memeritkan, selepas saya mengemukakan resit pembelian kepada KPDNHEP ketika krisis kenaikan harga ayam.”

Beliau mendakwa KPDNHEP ketika itu mendedahkan namanya yang membuat laporan kenaikan harga ayam hidup oleh pembekal, menyebabkan beliau diboikot lebih enam bulan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.