My comments:
Kita perlu bezakan antara
1. Dasar membantu Melayu / bumiputera Affirmative Action Policy dan
2. Dasar politik perkauman "ketuanan" yang benci bangsa bukan Melayu
The two are not the same.
Affirmative Action itu amat penting dan sangat perlu. Jika budak Melayu dapat 3A sahaja bagilah dia peluang masuk Matrikulasi. Perkara ini sangat penting dan perlu.
Tetapi jika budak Cina, India dan bangsa lain juga dapat kelulusan yang cukup untuk masuk Matrikulasi jangan halang mereka daripada masuk Matrikulasi. Jangan sekat bangsa lain daripada peluang hidup.
Itu bukan saja salah tetapi adalah dasar bunuh diri. Lama-lama kita semua jadi dungu.
Saya akan jelaskan isu ini dengan lebih sedikit pada masa akan datang. Saya harap lebih ramai orang akan faham dan jelas kesilapan besar dan kezaliman yang telah wujud dalam negara kita sejak 52 tahun yang sudah.
Syabas dan tahniah kepada Cik Puan yang telah suarakan pendapatnya seperti di atas.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.