`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, April 23, 2022

Cari wang lebih antara alasan penerima bantuan JKM terus mengemis

 

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan JKM Kelantan, Mohamad Md Nor berkata, pengemis dan peminta sedekah lebih aktif sepanjang Ramadan kerana lebih ramai yang menderma pada bulan mulia ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Mencari wang lebih dan mempunyai masalah kesihatan untuk bekerja sendiri antara alasan hampir 80% pengemis serta peminta sedekah yang ditahan di Kelantan terus mengemis, walaupun menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan JKM Kelantan, Mohamad Md Nor berkata, golongan itu mengambil tindakan menjadi pengemis atau meminta sedekah di kawasan tumpuan seperti pasar, bank, masjid dan dataran yang menjadi tumpuan ramai.

Susulan itu, JKM bersama agensi lain seperti polis, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan Jabatan Imigresen (JIM) menjalankan Ops Bersepadu Pengemis untuk mengenal pasti golongan itu.

Katanya, “Kempen Bijak Membantu Elak Tertipu” turut diadakan supaya orang ramai menderma kepada individu yang benar-benar layak dan memerlukan.

“Sepanjang Ramadan, kita dapati pengemis dan peminta sedekah lebih aktif menjalankan kegiatan mereka kerana lebih ramai memberi derma pada bulan mulia ini,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Sepuluh pengemis dan peminta sedekah yang terdiri warga tempatan berusia 50 hingga 71 tahun ditahan dalam Ops Bersepadu Pengemis itu.

Katanya, seorang wanita berusia 20 tahun dan lelaki berusia 71 tahun turut ditahan dalam operasi itu atas kesalahan meminta derma untuk pembinaan masjid atau surau yang disyaki menggunakan surat dokumen palsu.

“Kedua-dua suspek mengaku menerima upah RM30 hingga RM60 sehari, bergantung jumlah derma yang diterima. Hasil siasatan awal mendapati mereka tidak tahu status dokumen yang dibawa, sebaliknya hanya akur menerima tugas menunggu tabung derma di lokasi ditetapkan.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.