`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, April 5, 2022

KPDNHEP pantau stesen minyak 25km dari Tambak Johor

 

Penguat kuasa KPDNHEP memeriksa maklumat operasi stesen minyak di sekitar Johor Bahru. (Gambar KPDNHEP)

PETALING JAYA: Pemantauan akan dilakukan ke atas stesen minyak sepanjang 25km dari Tambak Johor menghala ke Jalan Skudai di Johor Bahru bagi memastikan petrol bersubsidi tidak dijual kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro mengingatkan pemilik stesen minyak tidak menjual RON95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing.

Beliau memberi amaran tindakan tegas akan dikenakan terhadap pemilik stesen minyak yang gagal memantau penyalahgunaan itu.

“KPDNHEP menerima maklumat berkaitan warga asing yang mengisi minyak RON95, termasuk menerusi perkongsian netizen yang tular.

Ads by Kiosked

“Bagaimanapun, maklumat yang tular itu tidak terperinci, termasuk di mana dan bila kejadian terbabit berlaku,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Terdahulu, Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam dilaporkan berkata, dua stesen minyak di Johor sedang disiasat susulan aduan berhubung kenderaan bernombor pendaftaran negara jiran mengisi RON95.

Setakat ini, katanya, lima aduan diterima berhubung penjualan petrol bersubsidi kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing.

Kerajaan melarang penjualan RON95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing sejak 1 Ogos 2010. Sebarang aduan boleh disalurkan kepada e-aduan KPDNHEP di portal kementerian, WhatsApp 019 2794317 atau hubungi 1 800 886 800.

Sementara itu, seorang pengusaha stesen minyak hanya mahu dikenali sebagai Rashidah berkata, kebanyakan pengusaha tidak sedar tindakan warga asing mengisi minyak ketika premis agak sibuk dan membuat bayaran menggunakan kad kredit.

“Sekiranya stesen minyak berkonsepkan layan diri, lebih rumit bagi kami untuk mengesan perbuatan berkenaan, melainkan sentiasa memerhatikan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Ads by Kiosked

“Kami bukan mahu mengaut keuntungan, sebaliknya kejadian berlaku tanpa disedari, namun kami akan lebih peka bagi mengelakkan kejadian berulang,” katanya dipetik Harian Metro. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.