`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, April 5, 2022

Lelaki Malaysia dipercayai dibunuh di Australia lebih setahun lalu, kata polis

 

Polis berkata, Jacky Chong dipercayai memasuki Australia pada November 2016 menggunakan visa pelancong dan ditawarkan menjadi pekerja ladang oleh sindiket disyaki terlibat dengan dadah.

PETALING JAYA: Bukit Aman berkata, hasil semakan pihak berkuasa Australia mendapati rangka manusia yang ditemui di New South Wales pada Ahad lalu dipercayai warganegara Malaysia yang dibunuh lebih setahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata demikian ketika mengesahkan laporan media tempatan berhubung kematian warganegara Malaysia, Jacky Chong, 25, yang berasal dari Sarawak.

“Mangsa dipercayai masuk ke Australia pada November 2016 menggunakan visa pelancong dan ditawarkan sebagai pekerja ladang oleh sindiket warga asing yang disyaki terlibat dengan dadah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan oleh pihak berkuasa Australia dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kepada polis Malaysia.

Ads by Kiosked

Oleh itu, beliau menyeru semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi bagi mengelakkan timbul kekeliruan kepada masyarakat.

Semalam, news.com.au melaporkan mayat seorang lelaki warganegara Malaysia yang dipercayai dibunuh, ditemui dekat Bathurst, New South Wales kira-kira 3.30 petang Ahad lalu, selepas polis memulakan pencarian di sebuah kawasan luar bandar di Killongbutta.

Penemuan mayat itu menyusul tiga lelaki berusia 22, 28 dan 33 tahun yang didakwa pada hujung bulan lalu berhubung kematian Chong.

Chong, 24, menetap di Sydney sejak 2016, namun dilaporkan tidak berhubung dengan keluarganya sejak 28 Dis lalu.

Komander Skuad Dadah dan Senjata Api, Australia John Watson berkata, Chong didakwa terbabit dalam sindiket jenayah terancang sebelum dia “dibunuh dengan kejam”. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.