`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, April 5, 2022

Anwar minta Fahmi atur tarikh, masa debat dengan Najib

 

Najib Razak sebelum ini mengalu-alukan perdebatan dan meminta pasukan Anwar Ibrahim serta Rafizi Ramli mengaturkan dengan media jika berhasrat mahu diadakan secara langsung.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sudah meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil untuk menyelaras dan memperincikan tarikh serta masa bagi mengadakan debat khas bersama Najib Razak berkaitan isu negara dan kewangan Sapura Energy Berhad (SEB).

“Saya juga meminta Fahmi berbincang dengan pihak media berkaitan liputan penganjuran debat yang bagi saya harus disiarkan secara meluas,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu di Facebook.

Sebelum ini, Anwar menyatakan kesediaannya untuk berdepan dan berdebat dengan Najib mengenai isu kewangan SEB yang merupakan syarikat perkhidmatan pelantar minyak bersepadu Malaysia.

Kenyataan itu dibuat selepas Najib dilaporkan berkata, beliau bersedia menerima cabaran debat daripada Rafizi Ramli namun ia perlu turut melibatkan Anwar selaku presiden PKR.

Ads by Kiosked

Semalam, Najib dalam catatan di Facebook mengalu-alukan perdebatan dan meminta pasukan Anwar serta Rafizi mengaturkan dengan media jika berhasrat mahu diadakan secara langsung.

Najib turut mencadangkan supaya Anwar menghubungi pembantunya untuk mencari tarikh terdekat yang sesuai.

“Game on. Saya setuju debat dengan Anwar. ‘Let’s rock’,” kata Najib. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.