`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, April 24, 2022

Wanita ditemui maut dengan kesan kelar

 

Menurut polis, mayat telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

PETALING JAYA: Seorang wanita ditemui mati dengan empat kesan kelar pada tangan dalam kereta berhampiran pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB), dekat Hutan Percha, Alor Gajah, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah Arshad Abu, mayat wanita berusia 45 tahun itu ditemui dalam Perodua Kenari dengan kesan kelar pada tangan kanan, dekat Jalan Besar Felda Menggong.

Beliau berkata, polis mendapat maklumat orang awam pada 1.30 tengah hari yang memaklumkan Balai Polis Hutan Percha terdapat sebuah kenderaan dan wanita di dalamnya berhampiran kawasan itu.

“Pihak forensik bersama pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah dan ketua polis balai ke lokasi dan siasatan awal menemui sebilah parang di dalam kereta dipercayai digunakan oleh si mati.

“Pemeriksaan lanjut pada badan wanita itu menemui empat kesan kelar pada tangan kanan,” katanya dalam kenyataan, menurut laporan Berita Harian.

Arshad berkata polis turut menemui kad pengenalannya yang beralamat di Machap Baru dan hasil temubual dengan adik wanita itu, mereka dimaklumkan dia bekerja sebagai kerani dan mempunyai masalah kesihatan.

Katanya, mayat telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.