`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, November 4, 2022

Budak 7 tahun diliwat abang tiri

 

Bapa mangsa membuat laporan kepada polis mengenai kejadian yang berlaku kepada anaknya itu Ahad lepas.

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dipercayai diliwat oleh abang tirinya di Karak, Pahang.

Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata, pihak polis menerima laporan dibuat bapa mangsa berhubung kejadian itu pada Ahad lepas.

“Laporan dibuat oleh bapa mangsa berkenaan kejadian terhadap anak lelakinya itu yang dipercayai diliwat oleh abang tiri mangsa yang berusia 17 tahun,” katanya, lapor Astro Awani.

“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah membuat tangkapan terhadap suspek.”

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Suspek direman selama tujuh hari sehingga Ahad ini.

Menurut Zaiham, kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.