`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, May 19, 2023

AADK harap dapat pulih penagih ketum bawah RUU baharu

 

Ketua Pengarah AADK Sutekno Ahmad Belon berharap RUU itu memberi akses kepada pihaknya terhadap mereka yang terlibat dalam penagihan termasuk ketum untuk diberikan rawatan dan pemulihan. (Gambar Bernama)

KAJANG: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berharap rang undang-undang (RUU) bagi mewujudkan akta baharu berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan akan membolehkan penagih ketum menjalani rawatan dan pemulihan bawah agensi itu.

Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon, berkata ini kerana penagihan selain dadah seperti ketum ketika ini berada bawah Akta Racun 1952 di mana ia bukan kumpulan yang boleh dirawat bawah agensi itu.

Beliau berkata, apa yang diharap dalam RUU ini adalah akses AADK terhadap mereka yang terlibat dalam penagihan termasuk ketum untuk diberikan rawatan dan pemulihan.

Ads by Kiosked

“Yang kita bimbang sekarang ini adalah untuk tambah baik akses kita dalam memulihkan penagih contohnya seperti untuk ketum.

“Jadi dengan RUU ini, mana yang ketagih ketum, kita boleh senaraikan bawah jadual (AADK) dan kita boleh rawat penagih itu. Itu yang kita mahu dalam RUU berkenaan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya AADK.

Sutekno berharap RUU baharu itu dapat dibentangkan secepat mungkin sebelum akhir tahun ini dan AADK sedia memberi kerjasama penuh kepada kerajaan untuk menjayakannya.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata draf RUU bagi mewujudkan akta baharu berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri Julai ini.

Saifuddin berkata, jika draf berkenaan diluluskan beliau berharap RUU itu dapat dibentangkan di Parlimen tahun ini.

Pada Mac lalu, media melaporkan kerajaan dalam usaha menggubal akta baharu iaitu Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) bagi mengurangkan bilangan penagih di penjara dengan menempatkan mereka di institusi atau rawatan pemulihan komuniti. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.