`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, May 19, 2023

KBS pastikan konsert Coldplay, aksi Harimau Malaya di Stadium Bukit Jalil berjalan baik

 

Tarikh kelayakan Piala Dunia 2026, Piala Asia 2027 dan konsert Coldplay masing-masing dijangka berlangsung pada 16, 21 dan 22 Nov di Stadium Nasional Bukit Jalil. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memastikan penganjuran konsert kumpulan Coldplay dan aksi Harimau Malaya bagi kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil November ini berjalan dengan baik.

Menterinya Hannah Yeoh berkata, beliau sudah berbincang dengan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Hamidin Mohd Amin, berhubung penggunaan stadium itu menjelang kelayakan Piala Dunia 2026, Piala Asia 2027 dan konsert kumpulan muzik dari United Kingdom itu pada bulan sama.

“Isu stadium selalu kita akan imbangkan antara sukan bola sepak dan konsert, kita telah bincang beberapa pilihan tapi saya tak nak umum pilihan ini dulu.

“Kita akan tunggu undi (kelayakan Piala Asia 2027) yang Hamidin akan dapat bulan Julai nanti,” katanya kepada pemberita selepas sidang media rangkuman prestasi kontinjen Malaysia di Sukan SEA Kemboja 2023.

Semalam, Hamidin menerusi kenyataan menjelaskan insiden tarikh konsert dan aksi Harimau Malaya yang bertindih tidak boleh berlaku kerana FAM membuat tempahan awal kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengikut tarikh perlawanan skuad kebangsaan yang dijadual dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Tarikh kelayakan Piala Dunia 2026, Piala Asia 2027 dan konsert itu masing-masing dijangka berlangsung pada 16, 21 dan 22 Nov depan.

Isu sama pernah berlaku pada Januari lalu apabila penyokong bola sepak tanah air berang selepas 21,000 tempat duduk bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di stadium itu terpaksa dikosongkan bagi memberi laluan kepada pembinaan pentas konsert penyanyi terkemuka dari Taiwan, Jay Chou. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.