`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, May 4, 2023

Bekalan air Melaka dijangka bertahan hingga Ogos, kata KM

 

Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh, berkata kerajaan negeri mengambil langkah awal bagi mengatasi masalah bekalan air ketika fenomena El Nino kuat diramal berlaku pada Jun. (Gambar Facebook)

MELAKA: Bekalan air di Melaka dijangka mampu bertahan sehingga Ogos ini walaupun negeri itu berdepan cuaca panas ketika ini selain kemungkinan fenomena El Nino kuat yang diramal berlaku pada Jun.

Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh, berkata setakat ini paras air di tiga empangan utama di negeri itu – Empangan Durian Tunggal di Alor Gajah dan Empangan Jus serta Empangan Asahan di Jasin sentiasa mencatatkan bacaan kapasiti maksimum.

“Kerajaan negeri telah mengambil langkah awal untuk memastikan semua kawasan tadahan air termasuk di tiga empangan utama di Melaka berada pada paras maksimum ketika ini dan bersedia menghadapi fenomena El Nino.

“Kita juga menerusi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bersedia untuk melaksanakan penyuraian pembahagian bekalan air ke seluruh negeri ini secara berjadual dan ini merupakan satu daripada pelan jangka pendek sekiranya berlaku kemarau,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Pengkalan Batu yang turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Ali Rustam.

Mengulas lanjut, Rauf berkata, setakat Selasa lalu, paras air di Empangan Durian Tunggal mencatatkan bacaan 99.7%, manakala Empangan Jus dan Asahan merekodkan paras air 100%.

Semalam, media melaporkan fenomena El Nino kuat dijangka bermula Jun apabila keadaan cuaca akan berubah disebabkan kehadiran monsun barat daya yang cuacanya dicirikan dengan keadaan kering dan panas. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.