`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 7, 2023

CADANGAN BILLIONAIRE MELAYU KENA KRONI WINDFALL PROFITS TAX 50%. PASAL APA BILLIONAIRE KRONI CINA DAN INDIA TAK KENA? p.s. SOALAN TERBUKA KEPADA YAB MENTERI BESAR KEDAH

1. Hari itu cadangan Gaji Minima akan naik. Percayalah unemployment juga akan naik. Lebih teruk daripada itu harga barang pun akan melompat naik sebab peniaga dan majikan terpaksa cover balik kos bayar gaji pekerja yang lebih tinggi. 

2. Lepas itu ada cadangan caruman EPF akan naik jadi 20% bagi majikan. Percayalah unemployment juga akan naik. Lebih teruk daripada itu harga barang pun akan melompat naik.

3. Tempoh hari pula tarif letrik MV dan HV sudah naik 20 sen per kw/hr.  Percayalah harga barang sudah pun naik. Penjual kereta kata harga kereta sudah naik 10% mulai Januari 2023.

4. Baru ini  kadar faedah OPR oleh Bank Negara (interest rate) sudah naik. Percayalah bayaran bulan untuk penjaman perumahan daripada bank akan naik. Semua bayaran balik untuk pinjaman 'business loan' seperti OD dan Term Loan juga akan naik. Lebih teruk daripada itu harga barang pun akan melompat naik sebab peniaga, pekilang dan majikan terpaksa naikkan harga untuk cover balik kos pinjaman bank yang lebih mahal. Sebab OPR sudah naik.

5. Yang latest pula cadangan billionaire Melayu bayar special kroni billionaire Melayu windfall profits tax sebanyak 50%.

Maksudnya kroni billionaire Melayu monopoli pengimpot beras, kroni billionaire yang monopoli pegang AP impot kereta atau yang pegang lesen bank monopoli dsbnya akan terpaksa bayar special  kroni billionaire windfall profits tax sebanyak 50%.

Apakah special kroni billionaire windfall profits tax ini tidak termasuk kroni billionaire China, Melanau dan India? Kenapa begitu?

Sebab sudah tentu sekali bukan Melayu saja yang jadi kroni billionaire. Ramai lagi kroni billionaire daripada kalangan bukan Melayu. 

Satu masa dulu memang ada lebih ramai kroni billionaire bangsa Melayu. Tetapi yang tinggal sekarang satu, dua,  tiga, empat maybe lima orang sahaja. Kalau billionaire kroni bangsa Cina lebih satu dozen kut. Melanau mungkin dua atau tiga. India mungkin ada dua.

Instead of kroni billionaire Melayu sahaja, why not kenakan cukai special 50% ini kepada kroni millionaire Melayu RM100 Juta ke atas sekali? Kalau above RM100 Juta, dan kenakan special windfall profits tax sebanyak 50%, maka kerajaan akan dapat lagi banyak duit. Duit besar betul. Sebab memang lagi ramai kroni millionaire Melayu RM100 Juta ke atas.

Begitu juga dengan kroni millionaire RM100 Juta ke atas daripada kalangan Cina, Melanau dan India. Mereka lagi ramai.

Kalau kroni millionaire RM100 Juta ke atas dikenakan cukai khas 50% windfall profits tax itu (semua kroni millionaire berbangsa Melayu, Cina, Melanau, India) maka saya rasa akan selesai-lah masalah deficit Budget atau kerajaan tak cukup kutipan hasil tahunan oleh LHDN.  Setiap tahun Kerajaan boleh 'balance the Budget'. 

Jadi janganlah buli kroni bilionaire Melayu saja. Masukkan sekali kroni billionaire dan millionaire Cina, Melanau dan India.

Suruh Syed Sadik dan Nurul Izzah sediakan draf rang undang-undang special crony millionaire's 50% windfall profits tax dengan segera untuk dibentangkan di Parlimen.

Its a very interesting idea. Lebih dekat dengan fahaman socialist dan communist tetapi what d' hell. Dasar Ekonomi Baru pun kurang lebih socialist dan komunis juga, dengan konsep AGIH harta negara.

Robin Hood itu mencuri daripada orang kaya untuk di AGIH kepada orang miskin.

Robbing the 'hood pula mencuri duit rakyat dan di AGIH kepada kroni elit kaya raya.

Pilihlah. 


p.s. SOALAN TERBUKA KEPADA YAB MENTERI BESAR KEDAH

Kpd YAB Menteri Besar Kedah.

November sudah kita dengar bahawa billionaire yang pegang monopoli beras sudah bayar RM10 Juta untuk di AGIH pada bulan Disember 2022 kepada 300,000 pesawah padi yang majoriti paling besarnya adalah orang Kedah. 

Maksudnya setiap orang daripada 300,000 pesawah itu akan mendapat wang tunai kurang lebih RM33.00 (TIGA PULUH TIGA RINGGIT SAHAJA) pada Disember 2022. Cun-cun, cukup-cukup untuk membeli KFC 3 Set 2-Piece Combo.



  

Oleh kerana majoriti besar pesawah itu berada di negeri jelapang padi kita maka boleh tak YAB Menteri Besar Kedah sahkan jika kesemua pesawah padi di Kedah telah pun menerima bayaran RM33 itu pada bulan Disember 2022?  Itu sahaja. Sekian. Terima kasih.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.